Pages

Rabun



Aku ini, rabun jauh. Bicara soal rabun, bagi aku, rabun itu biasa, tidak penting. Asal masih boleh lihat, zaman sudah canggih, syukur sahaja.

Ada rabun, yang paling aku takuti. 

Apa itu?
Rabun akhirat.

Aku takut, hati aku rabun jauh juga. Aku hanya nampak yang dekat. Dan.. yang jauh itu kabur. Dekat itu dunia, jauh itu akhirat. Aku takut, hati aku nampak dunia sahaja akan tetapi akhirat tidak kelihatan.

Aku ingat lagi,
Guruku pernah berpesan.

"Kamu mesti berpandangan jauh, jauh itu biar sampai akhirat, jika jauh hanya setakat di dunia, maka itu belum cukup jauh, itu masih jauh daripada jauh"

Aku juga takut, hati aku rabun dekat. Tidak nampak dunia ini jambatan untuk ke akhirat. Sesetengah orang menganggap dunia ini sampah, tiada guna, lalu ia buang jauh - jauh. 

Lalu dijadikanlah ia alasan untuk kita mundur, tidak maju kehadapan kerana dunia itu tidak penting katanya, menolak teknologi, menolak untuk keperluan mencari harta, menolak kemajuan atas slogan " itu hanya dunia!"

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia - sia. Dunia ini tempat bagi  dieksploitasikan untuk akhirat. Harta yang dicari untuk diderma dan dimanfaatkan, ilmu yang ditambah untuk dikongsi, teknologi dicipta untuk memudahkan kehidupan. 

Alangkah bahagia jika hati celik, tidak rabun jauh dan dekat. Dan.. tulisan ini hanya untuk mengingatkan diri yang selalu lupa ini. Budak kecil yang baru nak cukup umurnya 24 beberapa hari lagi. Yang selalu buat salah dan silap. 

Mohon maaf atas salah dan silap. Moga hati kita sentiasa celik. Nampak dunia dan nampak akhirat. Insya-Allah. Amiin.

Senyum. :)

Moga Allah redha.



Langit



Aku mencintai langit,
Apapun keadaannya.

Saat ia gelap mendung,
Saat ia cerah indah,
Saat ia berdentum dentum,
Saat ia menurunkan mutiaranya,
Juga saat ia dihiasi pelangi,

Pendek kata,
Apapun kondisinya,
Aku mencintainya seadanya.

Namun,
Apa dayaku,
Langit terlalu tinggi untuk didakap.

Hampir mustahil,
Bagi lelaki biasa,
Yang tiada apa,
Mahu memilikinya.

Mencintainya dari jauh.

Aku kira,
Itu sahaja pilihan yang ada.

Ya, diriku ini,
Perlu sedar diri.

Cukuplah kiranya,
Bila tiba saatnya.

Tuhan temukan,
Si pencinta langit ini,
Dengan pencinta langit juga.

Yang bisa menerima,
Serta memberi,
Seadanya,
Sederhana,
Dalam keadaan Allah redha.

Yang mampu,
Saling membangkitkan,
Dari lena,
Sujud kepadaNya.


-Pencinta Langit
4.33am, Bumi Tuhan.



Malu


Aku malu.

Hari hari nikmat itu mengalir.
Tetap sahaja aku terus meminta.

Aku malu.

Mengaku cinta padaNya.
Padahal pada ciptaanNya sahaja aku sudah tewas.

Setiap masa aku fikir dia bukan Dia.
Di hati penuh dia dibanding Dia.

Aduh, patut saja aku letih.
Dunia aku letak dihati.

Mereka berjuang demi Dia.
Aku berjuang kerana dunia.

Alangkah jeliknya aku.

Cukuplah dunia.
Cukuplah.

Terima kasih atas segalanya.

Ini masa aku tolak semua.
Ini masa aku elak semua.
Tolak dan elak semua yang melalaikan kita.

Biar dia sahaja menentukan.
Hati itu jaga sebaiknya.

Jika jalan kita sama menujuNya.
Kita kan berjumpa jua.

Buat masa ini.

Besarkan jiwa.
Bersihkan segala.
Jika kosong, isilah dengan Dia bukan manusia.

Selamat berkorban

Waktu Muda, Jangan Jadi Tua.



"ustaz, boleh bagi saya nasihat sikit?"

"waktu muda, jangan jadi tua. waktu tua, janganlah baru nak jadi muda"

"huh? tak faham la ustaz. boleh jelaskan sikit?"

"Bukan apa. cuba tengok, ramai orang muda hari ini umur masih muda, tapi kudrat yang dikerahkan untuk beribadah kepada Allah macam orang tua yang tak bertenaga. Nak ke masjid tak larat, nak ke kelas pengajian malas, bangun subuh pun susah, bangun tidur pun lambat. nak bangun bertahajud? lagilah ke laut... lembik. Umur muda, tapi tenaga macam orang tua. memalukan. Sepatutnya, pada waktu muda inilah kita gunakan tenaga dan kudrat yang masih kuat ini untuk beribadah kepada Allah dengan sungguh - sungguh. bukan dengan lesu dan longlai. betul kan?"

"hmmm betul ustaz, haa lagi satu.. apa maksud ustaz 'waktu tua, janganlah baru nak jadi muda'?"

"Iyalah, kita boleh lihat, selalunya bila dah berusia lah baru ramai yang rasa ringan untuk ke masjid, untuk ke kelas pengajian, waktu tu lah selalunya kita banyak menghabiskan di tikar sejadah berbanding di atas tilam. Padahal,saat kita muda, Allah beri kita tenaga dan kudrat yang lebih baik berbanding kita sudah tua. tapi kita banyak bazirkan masa muda kita dengan perkara sia - sia.. dah tua nanti barulah kita nak menyesal. waktu itulah baru kita berasa "muda" untuk beribadah kepada Allah. Kan lebih baik di waktu muda kita manfaatkan sebaiknya hingga waktu tua nanti pun kita boleh istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan sejak dari usia muda.. tak begitu?"

"ya betul ustaz, baru saya faham kata-kata ustaz tu. mendalam rupanya. terima kasih ustaz!"

**********************************************************
Kalau hidup sekadar hidup,
Babi di hutan juga hidup.

Kalau kerja sekadar kerja,
kera di hutan juga bekerja.

-Buya Hamka-

Dan Mereka Akan Mengerti



Kenapa begini?
Kenapa begitu?
Soal mereka.

Kamu tidak buat kerjakah?
Kamu duduk diam sahaja?
Kata mereka.

Dan mereka acapkali
berdendang dengan nada itu

Kerna apa?
Kerna mereka tidak melalui
Mereka tidak merasai
Mereka tidak mengalami

Lantas
Untuk apa berharap agar mereka mengerti?

Dan bila kamu melalui
Merasai
Mengalami

Kamu akan sedari
Ada jurang besar
Antara realiti dan fantasi

Ah, biar mereka dengan dunia sendiri
Teruskanlah berlari
Hingga datang suatu saat
Matahari tidak terbit
dan tidak tenggelam
Seperti hari ini.

Dan mereka akan mengerti.



Dunia Sementara, Akhirat Selamanya

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Dunia Sementara Akhirat Selamanya (DSAS)

Wahai Manusia..
Jangan Engkau Tertipu Daya
Oleh Dunia Yang Fana 
Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita 

Dunia Sementara 
Akhirat Selama-Lamanya 

Orang Kaya Mati
Orang Miskin Mati
Raja-Raja Mati
Rakyat Biasa Mati

Semua Pergi Menghadap Ilahi
Dunia Yang Dicari 
Tak Ada Yang Berarti 

Takkan Dibawa Mati


Derry Sulaiman ft. Ray

Nak download lagu ini tekan sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...