Pages

buruk betol ke tuh?

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pagi yang indah ini tergerak hatiku nak membebel. haha..
actually bkn bebelan tapi nk luahkan apa yang aq terpikir pagi nie..
huhu..

buruk dengan baik?
agak2 kita nak pilih yang mana?

mestilah yang baik bukan? kenape? coz memang fitrah manusia itu suka pada yang baik2..
tapi kenapa kita selalu fikir yang tak baik?
kita selalu bersangka buruk?
kenape kita nampak yang buruk2 je?
mybe coz pgalaman yang kita lalui menemukan yang buruk2.
or kita memang suka tengok yang buruk.. wAllahu'alam..
yang penting semua manusia ni takde hasrat dengki nak tengok keburukan orang je kan.
yeke? haha tepuk dada tanya selera..
macam melalut plak dah ni.
hoho

sebenarnya nak bagitahu.. bersangka buruk tu memang sesuatu yang amat buruk jika kita milikinya. dah tahu? ha bguih2. huhu
pernah tak kita terfikir? kenapa kita perkatakan keburukan orang mesti ade je kite nmpak buruknya..
kan kan?kenape eik?
coz setiap manusia itu fitrahnya tidak sempurna.. pasti ade keburukan..
(macam aq. suke no bebel mcm bagus je. haha. tegur2lah aq ea)
kenapa kite kene elakkan bercakap keburukan orang?
coz bila kita ckp keburukan orang kita memang akan jumpe keburukan dia..
tapi.. tapi..
kebaikan orang yang kita burukkan tu susah beno kita nak nampak..
pastu yang paling tak baguih nye..
keburukan diiri kita sendiri kita TAK AKAN sedar..
bahaye kan?


Bila kita selalu bersangka baik, hormat pada orang, jujur dan berkata yang baik-baik di mulut juga dihati, pasti semua yang baik-baik akan didatangkan pada kita. Bentuknya, situasinya, suasananya tak tentu cemana, tapi yang pasti, berbentuk baik. Kesannya, kita terdorong untuk mencapai yang baik2kerana kita termasuk ke dalam situasi yang baik2
Bila kita selalu bersangka buruk, tidak merasa tenang, semua yang buruk-buruk akan didatangkan pada kita. macam aq kadang(ceh try to be honest nih. huhu), pernah bersangka buruk. Kesannya, aq mendapat balasan yang buruk-buruk dan termasuk ke situasi yang buruk-buruk, antaranya kegagalan dan kesilapan. Situasinya, suasananya, orang-orangnya, semua yang buruk-buruk belaka.
pastu bile aq pikir balik, rupa-rupanya semua tu berpunca dari fikiran kite. bile kite tengok orang yang hatinya baik, sering ditemukan dengan situasi yang baik-baik, mendapat segala yang baik-baik, and then,aq pon tekad merubah fikiran dengan merubah fokus kepada semua yang baik-baik, sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan,.
jom kowng pon kene join taw. pk yang baik2 okay?huhu..jom amalkan
sikap Husnuzon ( bersangka baik) and lawannya kita lawan abes2 iaitu
Su’uzon (bersangka buruk)

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”
think positive tak rugi tapi berbaloi baloi baloi...
insyaAllah..
^_^

perkongsian dari web..

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

~sekian~

Mungkin kita pernah terbaca or terdengar sebegini di mane2 media. Tapi, saya terutamanya dan Anda pasti kerap lupa kan, sebab itu kita sama-sama sering mengingatkan.
*wink*wink*


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...