Pages

Perjalanan yang amat..................

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

assalamualaikum..

penat penat penat and alhamdulillah

penat kenapa?
sebab arini seawal jam 8 aq and family bertolak ke felda maokil(tempat tinggal aq sebelum sebelum ni) untuk datang kenduri kahwin anak kepada kwn parent aq..
(tak tanye takpe. hehe)

sebelum ke detinasi utama tu..
kami ziarah sepupu nenek..
Allah jela tahu camne perasaanku melihat seoranng laki tua yang tinggal dirumah yang usang berseorangan dan anak2 pula jarang jenguk akibat pelbagai kekangan..
satu ungkapan yang aq paling takleh lupe tadi..
mak aq tny kt atok tu.. anak2 ade datang jenguk?
dy jwb....
"aku takde anak"
abah, mak, nenek, abg and aq tergumam dengar jwaban itu..
Ya Allah sedih nya hati apabila aku bygkan.. 
seorang bapa dengan raut wajah yang dah tua terkapai-terkapai hidup keseorangan ditambah pula dalam keadaan kesihatan yang amat teruk sehingga merasakan anak nya tiada..
sungguh.. peristiwa ini aq tak kan lupe..
buat pedoman untukku bila mak abah aq memerlukanku ketika tua kelak..
jadi betul lah kata2 ini..
"Seorang ibu@bapa sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu@bapa"

selepas itu kami meneruskan perjalanan and alamdulillah sampai ke tempat lame ku.
tempat aq bermain bola sampai patah tangan 2 kali, 
tempat aq mnuntut ilmu di skola rndah sini..
byk kenagan aq di sini.. di felda maokil..
itu semua 4 tahun yang lalu sebelum pindah ke felda medoi dan akhirnya mak abah bersara bermastautin pula di pontian sehinggaa ke hari ni..
sebelum ke kenduri itu, kami p singgah ke umah jiran sebelah umah dulu..
ustazah yang mengajar aq time drjh3, 4, 5 sampai 6..
terharu sungguh dpt bertemu kembali..
senyuman juga terukir melihat ank ustazah yang dahulu nye kecil sekarang sudah 12 tahun..
cepat sungguh masa berlalu...
insyaAllah jasa guru akn ku kenang sampai akhir hayat..

selepas itu baru lah ke kenduri..
wahh besstttnyer jumpe kwn lame..
jumpe cikgu2..
rindu plak nak duduk di dlm komuniti felda nie.
semua bergaul..cikgu,peneroka,peniaga,pegawai, pengurus, yang tua, yang muda,.. semua bersama membentuk satu komuniti yang amat best sekali..

and disini ade peristiwa yang aq tak kan lupe di kenduri ini..
aq makan disebelah insan istimewa..
OKU
orang kelebihan upaya..
si dia aq memang kenal dari skola rendah..
coz time jd pgws time drjh 5 n 6 aq kne bertugas jaga di kelas pemulihan and pendidikan khas ni...
kire familiar la dgn dy dulu and rkn2 seangkatan dy..
dy seorang perempuan yan mengalami down syndrome..
raut wajahnya tetap same ketinggian juga pada takuk yang lame walaupun umur sudah berganjak mungkin seusia ku..
walaupun dalam keadaan begitu beliau tetap peramah dengan sesiapa sahaja..
and paling aq tekejut beruk.. 
(terharu)
si dia ingat aq lagi..
Ya Allah.. sayu hati..
dia bergurau senda dgn aq. aq "trpkse" lyn karenah dy wlaupn  aq tgh mkn..
and last2 dy suh a basuhkan tgn dy and lap mulut dy..
abah and mak senyum jela..
dlm hati aq..
(sebak beb) syukur aq dilahirkan sempurna cukup sifat..
cube bygkan kita ditempat dy?????
bgaimana? masa depan insan seperti itu seperti sekadar memenuhi masa hidupnya sahaja..
dituip ke kiri, kiri lah dia, ditiup ke knan, kanan lah dia..
bila sampai masa.. hilanglah ia..
insyaAllah syurga buat mereka..


so, untuk kita(terutamanye aq dan kamu) yang masih sempurna dengan segala sifat sebagai manusia..
ucaplah alhamdulillah dengan nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita..
patuhla suruhanNya dan tinggalkanlah segala laranganNya agar kita beroleh syurgaNya..
insyaAllah amiin..

kadang2 kita rase kita paling malang tapi hakikat sebenarnya masih ada insan yang lagi malang dari kita..

sungguh perjalanan hari ni sungguh memenatkan tapi alhamdulillah pelbagai pengajaran dapat aq kutip sebagai peringatan kepada diri aq sendiri..

nak tulis lagi tapi penat sgt plak.
maaf.
sambung lain kali..
sekian..


sorry yek siyes beno dlm post kali ni..
renung2kan lah ape yg dirasakan penting untuk drenugkan ye 
^_^











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...