Pages

selalu buta dengan "keajaiban"

assalamualaikum !
alhamdulillah pagi yang indah ni mcm bese jalan2 jap kat iluvislam.com. 
then, jumpa satu artikel ni yang memang simple tapi wah! amat mendalam apa yang cuba disampaikan dalam artikel ni.. 

kita mesti sayang kan orang yang selalu amek berat pasal kita, baik dengan kita, time hari jadi bagi hadiah kat kita, dan banyak lah lagi sebab nye kan..
tapi..
pernah tak kita fikir.. Allah lah yang  
selalu amek berat pasal kita
waktu kita lalai DIA tegur dengan ujian agar kita kembali pada jalan yang benar..
baik dengan kita,
even kita selalu buat dosa, Allah still bagi kita udara untuk bernafas, menikmati hidup ini..
 time hari jadi bagi hadiah kat kita,
Allah bagi hadiah paling tak ternilai ! betul tak? Allah memanjangkan umur kita.. beri kita masa lagi untuk menikmati hidup ini.. ada hadiah paling istimewa selain hadiah Allah ini?
banyak lah lagi sebab nye kan,
Ya ! memang terlalu banyak Allah bagi kita nikmat.. boleh kah anda hitung? dan listkan satu persatu setiap nikmat itu? nescaya lah seluas 7 lautan pun belum mampu cukup untuk dijadikan dakwat menulis nikmat2 itu..
pernah DIA suruh bayar balik? mampu kita nak bayar balik?


ok jom same2 kita fikir kan :)

and bace artikel from iluvislam nih..
 ^........................................................................^

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari Tujuh Keajaiban Dunia.

Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.

Walaupun ada beberapa bertentangan pendapat akhirnya sebahagian besar senarai diperolehi:

Tujuh Keajaiban Dunia


1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar. Seorang gadis yang pendiam dan dia belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab;

“Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Lalu,pensyarah yang pelik dengan jawapan si gadis itu berkata;

“Baiklah, beritahulah  kepada kami apa yang anda miliki, dan mungkin kami dapat membantu untuk memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak dan kemudian membaca mula membaca senarainya.

“Saya fikir, Tujuh Keajaiban Dunia adalah..."


1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…


5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7)  Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya
keajaiban. Sedangkan kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagaibiasa.


 

2 comments:

SYAZA said...

yep..kita mesti syg dgn org yg amek berat ttg kita..jgn kita lak sakiti dia..sobsss3.. (tibe2 nangesss,uhuks)

@ien_R@z said...

bersyukur la dgn nikmat yg ALLAH telah berikan..

thank you ALLAH..


semoga ALLAH memberkati kamu.. ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...