Pages

Kejayaan Tidak Seperti Menjamu Selera Di Kedai Makan

assalamualaikum.. ! 
^_^
apa khabar badan dan iman kita hari ni? huhu
mudah mudahan mantap sokmo kesihatanya ye 
nak kongsi satu artikel from www.iluvislam.com..
ssangat best.. bace la jom.
okay ? :)

Dunia seakan-akan gelap.

Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh.
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?



Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup.

Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.



Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.



Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?".

Para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!".

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?".



"Belajar sungguh-sungguh!".
"Jaga hati!".
"Pakai topi keledar!''.


Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima".




Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah.

Katanya, "Bagus!".

Maka orang di sekelilingnya hairan. Sepatutnya lelaki itu marah, kan?

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?".


"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya, kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!".

"Bagus!"

Orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Di kafeteria ada makanan yang enak serta kopi panas yang pastinya menyelesakan. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu".

Orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!".


Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata, dan pastinya keputusan. Ini memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif.

Sentiasa positif dan optimis!!


Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi; Menuju Kejayaan. "Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah".

Sesungguhnya kejayaan itu tidak seperti menjamu selera di kedai makan.


1 comment:

Yuni Aisyah said...

nice entry la pakcik..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...