Pages

Tapi pasti ada hikmahnya..

 assalamualaikum ! 
setelah seminggu otak tepu tak tahu nak update pasal ape kt blog ni. 

minggu ni rase agak gundah gulana sikit..
dah sebulan lebih di negeri "orang"
selama sebulan ni mustahil lah aku tak rase rindu pada mak abah nenek and so on..
 lagi2 dah nak masuk bulan puasa ni..
kadang terasa sunyi
kadang terasa sepi
walaupun dirumah rasa sepi itu diganti "bebelan"..
tiba-tiba.. aku rindu pada "bebelan" itu.. 

haiihhhh dah2..
naqib oh naqib jangan dilayan perasaan tuh..
 udah2 la tu..

bukan senang untuk sampai ke puncak..
bukan senang untuk meraih kejayaan..
setiap perkara perlukan pengorbanan..
 
nak ABC pun perlu pengorbanan..
nak makan nasi goreng ayam kat cafe pon perlukan pengorbanan  
(pengorbanan wang. hoho)
malah.. nak taip posting ni pon perlukan pengorbanan..
(pengorbanan mase tido. HAHA)  
semua yang kau lalui ni naqib pasti ada hikmahnya..
mana tahu lepas grad nanti kau kene posting kat sabah sarawak ke..
 time ni la ko nak blajaq hidup secara indie.. berdikari..
kau lelaki mesti kuat !
jangan jadi mcm mat pondan. haha..
 ok? jangan menyerah~ 

haha sape entah bebel kat aku nih..
si naqib menasihatkan si naqib
 talk to myself. not gilee eh ! haha..
but itulah satu cara nak muhasabah diri 
btol tak?
huhu..

nak kongsi kisah tentang hikmah ni..
jom BACE ! :)
Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya
copy from www.iluvislam.com..

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."
   

jom layan jap bait2 lagu tashiru yang bertajuk hikmah ni
zass~
leraikanlah gundah
Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita
 
okay.. jom sama2 leraikanlah gundah, tabahkanlah hati.. dan yakinilahh semua kesulitan yang kita lalui ini pasti akan ada hikmahnya untuk kita~
insyaAllah 
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disertai kemudahan, (5) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disertai kemudahan. (6) 
surah Al-Inshirah ayat 5-6

 hadapilah kesulitan dengan senyuman !

^_____^


1 comment:

Fieyda said...

jgn putus asa tok! dugaan tu :)
nek pun cmtu hehe :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...