Pages

Orang kata..

"weh2.. ko kenape kerek sangat?"
"weh2.. ko kenape skema beno?"
"weh2.. ko asal poyo sangat ha?"

weh2.. nak dengar tak kata orang kat kita?
jangan hiraukan !
tapi lau baek kita dengar taw ! :)
lau kurang baek tuh biarkan jela ia lalu ditelinga kanan dan cepat2kanlah kuarkan balik ke telinga kiri..
ambil yang positif, fikirkan yang positif. berlapang lah dada terima semua kata orang disekeliling kita. senyum sebagai tanda tpenghargaan atas kritikan mereka.. usah kita benci mereka. usah kita menyampah kepada mereka. anggap saja mereka prihatin kepada kita. sayang kepada kita. anggap saja itu teguran dari Allah kepada kita yang sememangnya selalu lupa.. mesti pastu..
insyaAllah tiada lah hati tu seperti ditusuk dengan jarum tajam yang kadangkala amat menyakitkan hati..:)
 one more thing..!

pada yang suka menggunakan bahasa kesat..
jangan jadikan alasan mulut kita memang suka cakap lepas.
sebab.. sebab ape?
sebab takut2 nanti suatu hari di hari perhitungan akibat mulut kita yang suka cakap lepas ni mengakibatkan kita terlepas Syurga..
minta2 dijauhkan..
ok sama2 kita muhasabah diri kita
^_^
ok ?
huhu..
sebenarnya nak kongsi satu artikel yang mengisahkan satu situasi yang mirip seperti di atas..
insyaAllah sama2 kita dapat manfaatnya.
jom bace ! 
^_^

sumber: www.iluvislam.com

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;
“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.
Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;
“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;
“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.
Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;
“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...