Pages

Syabas ! Cinta itu perlu..

assalamualaikum 
^_^

alhamdulillah..
ketika hening pagi ,keluar sang mentari..
kita masih dapat melihat dunia ini..

ketika ada yang sudah pergi menghadap illahi tapi kita alhamdulillah masih sempat bernafas, masih sempat bergurau senda dengan dunia ni..

lihat ! betapa hebatnya Kasih serta Cinta Allah kepada kita..
jadi.. Cinta Allah itu perlu kita balas !..
jangan bagi ia bertepuk sebelah tangan, kerna apa?
kerna kita yang akan rugi.. rugi kerna apa?
Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah insyaAllah semakin positif hubungan kita padaNya

bukan seperti cinta manusia..
jika kita tak balas. kita tidak perlu terlalu merasa rugi..
betul tak ?
:)

 alhamdulillah hari ini selesai membaca novel yang ku kira amat universal dan mantoop !
Syabas !
kepada penulis novel 
BUMI CINTA
Habiburrahman El Shirazy

novel yang berlatarkan di negara Russia ini amat membuka minda..
alunan lenggok bahasa yang indah hasil garapan 
himpunan kata2 hikmah,petikan ayat2 Al Quran dan hadis2 Rasulullah SAW
dengan jalan cerita membawa kita terbang melayang bersama ke dalam novel ini serta seolah-olah menjawab setiap pertanyaan yang muncul terutamanya menjawab persoalan golongan ateis dan golongan yang masih keliru dan mencari serta tercari-cari apa itu islam..
juga memperlihatkan betapa besarnya tipudaya wanita dan dunia jika hanya bersandar pada nafsu ketika iman diabaikan, kebebasan menjadi tunjang kehidupan, kemewahan dan kesenangan jadi ukuran, kecanggihan teknologi dibanggakan... dan banyak lagi warna-warna islamik yang mewarnai novel ini yang disampaikan dengan cara yang mudah difahami namun memberi kesan yang mendalam di hati..

kisah yang melukiskan perjalanan seorang pemuda berlulusan agama bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat lali dengan kebebasan seks iaitu Russia..
bagaimana dia menghadapi dugaan yang begitu mencabar imannya agar tetap tunduk patuh pada Sang Pencipta..
bagaimana ketabahannya dan ketakwaan dia kepadaNya memberi hikmah yang mendalam kepada orang disekelilingnya..
bagaimana seorang pemuda begitu menjaga kesucian dirinya dari segala marabahaya hasutan syaitan yang menggunakan wanita sebagai alat melemahkan iman di dada

sungguh ! anda patut baca novel ini 
huhu

yang paling penting.. Habiburrahman El Shirazy berjaya lagi mengungkap erti CINTA itu keluar daripada perspektif yang mengongkong pemikiran kebanyakan dari kita..
kebanyakan kita apabila menyebut cinta pasti fikiranya tertumpu kepada "jiwang",
seperti novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Pesona Cleopatra dan  karya2 beliau sebelum ini..
novel ini juga berjaya mengeluarkan minda sesiapa yang membacanya bawa cinta itu bukan sekadar "jiwang"
tetapi cinta itu satu keperluan.
kekayaan menimbulkan kerisauan, kemegahan menimbulkan kebencian, namun kecintaan lah yang menimbulkan kebahgiaan jika ia berlandaskan kepadaNya..

seperti di dalam khutbah jumaat semalam.. 
seorang insan itu apabila tidak memiliki rasa cinta pada Allah..
maka jadi lah situasi

si miskin mengomel, mencemuh nasibnya,
si kaya bertambah ligat mencari harta,
si ilmuwan riak dengan ilmu yang dia ada,
si pemimpin semakin tamak dengan kuasanya

namun jika memiliki rasa cinta kepada Allah walau pun sebesar zarah !
pasti.. situasi di atas menjadi sebaliknya..

si miskin bersyukur dengan segala apa yang dimiliki
si kaya bertambah pemurah dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah
si ilmuwan merasa dirinya semakin kerdil dengan ilmu yang dipelajarinya
si pemimpin semakin sedar bahwa setiap perbuatannya pasti dipertanggungjawabkan kelak..

''sesungguhnya dunia ini adalah bumi cinta bagi para pencinta Allah. bumi cinta inilah yang akan menghantar mereka ke bumi cinta yang lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu syurga Allah"

okay. post kali ini agak serius.
mudah mudahan memberi manfaat.
and jangan lupe bace novel BUMI CINTA !
huhu
^_^
*sy bukan pak ustad. sy menulis berdasarkan apa yg sy tahu dan sy rasa. jika ade salah silap .tegur ye :)

3 comments:

SYAZA said...

mcm best jek novel toe?
nk try carikkkk :)

Fieyda said...

post sini post sini haha :D

@ien_R@z said...

tggu elaun.. bru g cari novel tu.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...