Pages

Alat-alat artikulasi serta fungsinya


In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful


Berikut merupakan sebahagian hasil KKBI saya. 
Segala butiran di bawah adalah hasil rujukan yang telah saya lakukan. namun, jika ada sebarang kesilapan atau kekurangan, tolonglah perbetulkan ya, saya pun masih lagi menuntut di IPG Kampus Darulaman. =)


KKBI- BM1
BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa Melayu dipercayai mula digunakan di Kepulauan Melayu abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Ahli biasa dan ahli linguistik telah mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Pengetahuan tentang perkara ini amat penting terutamanya kepada para guru bagi memastikan setiap perkataan disebut dengan betul.

1.2       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :

·                     Mengumpul maklumat berkaitan alat-alat artikulasi menggunakan sekurang-kurangnya tiga buah buku dan satu bahan bukan buku.
·                     Menjelaskan alat-alat artikulasi dan fungsi-fungsinya.
·                     Mengemukakan contoh-contoh fungsi alat-alat artikulasi.





1.3       KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dibuat dengan kaedah ke perpustakan dengan merujuk bahan buku seperti jurnal, majalah dan buku ilmiah. Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat dan bahan di laman sesawang menggunakan internet. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikategorikan di bawah sub-topik kertas kerja ini

1.4       BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas mengenai alat artikulasi atau alat tutur dan peranannya dalam mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi pengeluaran bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada mendapatkan rajah-rajah dalam bentuk grafik dan menunjukkan tempat-tempat di mana vokal dibunyikan dan daripada bahan yang sudah dikumpul, saya ringkaskan serta melakukan olahan untuk penulisan kajian saya.

1.5       PENDAPAT/ KAJIAN LEPAS
Menurut Asmah Hj.Omar(1983),unsur-unsur kestrukturan yang baku seperti fonem,morfem dan sintaksis dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tetapi disebabkan oleh latar belakang politik dan sosial yang berbeza,terdapat beberapa penyimpangan dalam pertumbuhan dan perkembangannya.Hal ini demikian menjadikan sebutan konsonan dan vokal berbeza dan membawa kepada penggunaan alat artikulasi yang berbeza-beza.
(Sumber: Jurnal Dewan Bahasa 1998. Julai Jilid 42 Bil. 7)

BAB 2
 ALAT – ALAT ARTIKULASI

2.1       KONSEP/DEFINISI OLEH TOKOH
Menurut Dr. Abdullah Hassan,alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan bunyi.Ini bermaksud alat artikulasi berfungsi sebagai alat pengeluaran bunyi. Menurut  Kamus Dewan edisi Ketiga pula, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu      ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar  ( 1998 : 191 ). Maka , ini menunjukkan definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.



2.2        PEMAPARAN GRAFIK DAN PENULISAN.


2.2.1   enarai alat artikulasi :
1.    Rongga hidung
2.    Lelangit keras
3.    Rongga mulut
4.    Gusi
5.    Gigi atas
6.    Bibir atas
7.    Bibir atas
8.    Gigi bawah
9.    Depan lidah
                                   10. Tengah lidah

                       11. Glotis
                              12. Paru-paru
                          13. Larings
                             14. Esofagus
                            15. Epiglotis
                       16. Rongga tekak
                      17. Anak tekak
                      18. Belakang lidah
                      19. Lelangit lembut




BAB 3


FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

3.1        DEFINISI
Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.
3.2       FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI
Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
·         Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut
·         Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang  bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut
·         Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
·         Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
·         Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi
Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.


Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.



LANGKAH-LANGKAH  DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA MENGELUARKAN BUNYI
           
Contoh-contoh daripada huruf vokal
Ø  Semasa membunyikan vokal depan sempit [ i ]:
Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan
Contohnya pada perkataan:
·         Ikan - [i]kan
·         Bila - B[i]la
·         Tali - Tal[i]




Ø  Semasa membunyikan vokal depan separuh sempit [ e ]
Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan
Contohnya pada perkataan:
·         Enak – [e]nak
·         Teleng  – tel[e]ng
·         Tempe – temp[e]



·          
Contoh – contoh daripada huruf konsonan
Ø   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongg mulut tanpa menggetarkan pita suara.Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara
Contohnya pada perkataan:
·         Silap – [s]ilap
·         Lasak – La[s]ak
·         Lemas – Lema[s]



·          
Ø  Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]
Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah
Contohnya pada perkataan:
·         Rapat – [r]apat
·         Tiram – Ti[r]am
·         Lebar – Leba[r]



4.0 KESIMPULAN

     Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi,kita dapat mentafsirkan bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan sebagai bahasa sebagai simbol bunyi.Dengan hanya menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia,kita dapat berbahasa dengan menggunakan pelbagai bunyi yang dapat dihasilkanTerdapat banyak bahagian tubuh manusia yang mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti bibir,gigi,gusi,lidah,tulang rahang dan anak tekak.Berdasarkam alat-alat artikulasi inilah manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.
     Konklusi keseluruhannya,pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar  bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai pefungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu.Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan.




p/s : jika ada kesilapan atau kekeliruan boleh contact sy di FB. 
TQ 


Mohamed Naqib :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...