Pages

inilah falsafah terbaik !

Apabila kehidupan menjadi semakin sukar, apabila tempoh 24jam sehari tidak mencukupi, ingatlah balang mayonis dan 2 cawan kopi.

Seorang professor berdiri di dalam kelas filosopinya dan terdapat beberapa benda di depannya. Semasa kelas bermula, professor tersebut tanpa berkata apa-apa, mengambil sebiji balang mayonis kosong yang besar dan mengisinya dengan bola-bola golf hingga penuh.

Professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut adalah penuh.

Kemudian professor itu mengambil sekotak batu kecil dan masukkan ke dalam balang tersebut. Beliau menggoncangkan sedikit balang tersebut. Batu-batu kecill tersebut memenuhi ruang kosong antara bola golf.

Professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut adalah penuh.

Kemudian professor itu mengambil sekotak pasir dan tuangkan ke dalam balang. Sudah tentu pasir tersebut mengisi ruang-ruang kosong hingga penuh. Professor bertanya sekali lagi kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya berkata ‘ya’.

Professor itu kemudiannya membuat 2 cawan air kopi dari bawah mejanya dan menuangnya ke dalam balang tadi. Air kopi itu memenuhi ruang kosong antara pasir. Para pelajar ketawa melihatnya.

'Sekarang,' kata professor itu, ketawa peajar semakin reda,
'Saya mahu kamu andaikan bahawa balang ini mewakili kehidupan kamu. Bola-bola golf mewakili perkara-perkara penting dalam kehidupan kamu seperti keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan impian kamu, iaitu perkara-perkara yang tinggal bila kamu kehilangan segala-galanya, kehidupan kamu masih penuh bererti.

Batu-batu kecil adalah perkara-perkara lain seperti pekerjaan, rumah dan kereta.

Pasir pula ialah perkara-perkara lain – perkara-perkara kecil yang remeh .

'Jika kamu memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, pasti tidak dapat isi bola golf dan batu kecil,'
Sambungnya lagi, 'tiada ruang lagi untuk batu kecil dan bola golf’.

Samalaha seperti kehidupan.

Jika kamu membuang masa dan tenaga kamu atas perkara-perkara remeh, menganggap awek, pakwe, hiburan yang melalaikan, dan banyak lagi. kamu tidak akan ada ruang untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan kamu.

Jadi...

Tumpukan perhatian kepada perkara-perkara utama untuk kebahagian kamu. Bermainlah dengan buku pelajaran, bersama adik beradik, ibu bapa.. Luangkan masa untuk melakukan apa sahaja yang membawa kebaikan yang layak dianalogikan sebagai bola golf bukan pasir2 yang halus..

Masa untuk berubah sentiasa ada kecuali sudah sampainya seruan dariNya.

'Ambil berat pada bola-bola golf dahulu. – Iaitu perkara-perkara yang mustahak dalam kehidupan. Sediakan ruang untuk perkara yang mustahak dahulu. Lain-lain perkara Cuma pasir sahaja.'

Salah seorang pelajarnya angkat tangan dan bertanyakan tentang 2 cawan kopi yang dimasukkan pada akhir sekali.

Professor terseyum.. ‘saya gembira kamu bertanya’

‘Itu menunjukkan kamu bahawa tidak kira bagaimana kelihatan penuh pon hidup kamu, sentiasa ada ruang untuk beberapa cawan kopi dengan seorang kawan.'

4 comments:

Naqib Mohamad said...

suka baca, walaupun penah dengar lama dulu. nice! :)

kyrios angel said...

falsafah yang baik...
keep it up...semoga bunga-bunga dakwah insyaAllah berkembang di alam maya ini...

missamy said...

penuh makna :)

Yuni Aisyah said...

terbaek aqib..!!teruskan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...