Pages

andai lah aku tahu semua

Assalamualaikum. hm dah lama rasanya tak update blog. 
anak bulan masih belum kelihatan itu makna nya Syawal belum menjelma, tapi kuih raya kat rumah dah tersedia. 

straight to the point, tadi petang sempat meronda-ronda bandar Pontian menaiki motor. memang dah biasa tapi, walaupun biasa, tiba-tiba terasa seperti dihimpit dan terhimpit. di depan kereta dan dibelakang juga kereta. nah, cemas mula hinggap ke dada. kiri kanan kereta laju meluncur. dalam situasi ini. Walaupun kita sudah terbiasa pasti kita diserang kekalutan bukan? kita sangka kita sudah pakar dngan jalan ini atau itu kerna kita sudah terbiasa dengan ia. 
ok layan jap lagu kembali by tashiru


Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan


Sayang harapan itu tak pasti




Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri 
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan




Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan?


Memang ,kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. terutamanya saya, kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini atau mendapat itu. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. 

kadang-kadang ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. kita pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih untuk memastikan kereta mewahnya selamat walaupun pada dasarnya hidupnya belum tentu selamat.


pandang kiri pandang kanan. adakah anda terus selamat?


sebenarnya, dalam apa-apa yang terjadi dalam hidup kita..aku tidak tahu, mereka tidak tahu, awak tidak tahu, dia tidak tahu, tapi Allah itu Maha Mengetahui. berlapang dadalah menerima segalanya.. benar bila kita makan gula rasanya manis. tapi manis mampu tahan sampai bila? benar pahit itu rasanya agak piauu, tapi kita tahu kan rasa piau dan pahit itu pasti akan hilang jua? ingatan tuk diri saya yang hina dan anda yang mulia, jangan terlebih jangan terkurang meredah dunia, tapi biarlah berpada :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...