Pages

tertangis, tangisan dan menangis

sape tak penah nangis :c ? angkat tangan. tipu la kalau tak pernah nangis kan :P*yang hati batu lain kes. hoho :$

seperti senyuman, tangisan juga membawa pelbagai maksud. katakan 3 orang menangis ketika ini, yang pertama mungkin menangis kesedihan kerna kehilangan seseorang yang amat dia sayangi pergi menghadap illahi, :c yang kedua mungkin menangis kegembiraan kerna akhirnya dapat juga balik ke kampung setelah merantau jauh, :c dan yang ketiga mungkin juga menangis terharu selepas akhirnya dapat bersama dengan insan yang dicintainya dengan akad nikah yang sah :c setiap insan itu pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa dia menangis. 

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat dan setiap mata yang menangis, belum bererti ia bersedih kan?

okay nak kongsi artikel mengenai MENANGIS from blog:http://antidote94.blogspot.com/

Menangis tidak hanya berkaitan dengan kesedihan malah juga kebahagiaan. Ia adalah sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT  secara fitrah kepada manusia. Air mata itu datang dari kelenjar air mata yang terletak di atas kedua-dua mata dan di bawah tulang dahi. Adapun jumlah pembuluh yang mengarah ke mata adalah sekitar 12 pembunuh. Air mata mengandungi peratusan garam yang cukup tinggi. Pernah juga rasa air mata...masin! Tapi tak leh la letak sebagai perasa dalam gulai. Confirm tak masin

Rasanya menangis ni penting ke tak?

Menangis  adalah merupakan keharusan  bagi lelaki atau perempuan, sebabnya banyak faedah dari sudut kesihatan bila menangis ni. Jangan ingat dengan menangis ini maknaya seseorang itu lemah dan tidak dewasa. Tapi kalau menangis 24 jam tu bahaya juga. Jangan salah faham. Nanti kering air mata, susah bebola mata nak bergerak.

Terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan menangis, antaranya:

1. Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
2. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
3. Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.
4. Apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, jangan ragu-ragu lagi menangislah. Ada satu kajian yg mengatakan perempuan yang memendam perasaan menderita sakit radang usus besar dan luka pada perut. Ini kerana mereka menganggap bahawa dgn menangis menandakan lemahnya keperibadian. Ini berbeza dengan mereka yang tidak terkena penyakit ini kerana menganggap menangis suatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yg dibenarkan.
5. Menangis amat berguna pada emosi kita. Yang salahnya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.
6. Air mata dapat membersihkan mata. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai penyakit.


Akhir sekali ...saya coretkan beberapa kata-kata dalam buku ini yang saya rasa dalam maknanya dan penuh bererti....

Air Mata Terindah

1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dan sedar betapa banyaknya nikmat dariNya.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi dan rindu kepada beliau.
10. Air mata terindah mengalir semasa hatimu tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu dapat bersama dengan insan yang kamu cintai kernaNya
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar Allah masih setia menyayangimu ketika orang lain membencimu.
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar siapa kamu, siapa tuhanmu, dan hati mu berbisik.. aku hamba Allah ! Allah tuhanku !
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW insyaAllah.


Aku menangis semasa persahabatan yang murni menjadi satu kemustahilan
Aku menangis semasa keikhlasan berubah menjadi pengkhianatan
Aku menangis semasa aku melihat keadilan dianggap tindakan memalukan dan tindakan menindas dianggap sebagai undang-undang.
Aku menangis semasa ajaran agama kita dan nilai-nilai luhur budaya kita mengalami kemunduran.
Manusia..permulaanya dengan tangisan...pengakhirannya juga tangisan.
Aku menangis...adakah tangisan itu cukup? Bukannya cukup untuk mandi tapi cukupkah untuk meratapi pelbagai dosa yang dilakukan. 
moga sama2 dapat manfaatnya :)


dan sebagai renungan buat kita semua ;)

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.


jika sedar siapa kita,jika sedar siapa pencipta kita
usah tangisi sebuah pemergian yang kembali kepada illahi


meskipun anda berada di sebalik jeriji besi,anda masih boleh melayangkan penglihatan anda ke arah cakerwala dan mengeluarkan bunga-bunga kebahagiaan serta tersenyum dengan keindahan-keindahan itu. meskipun anda berada di dalam istana dengan segenap kemewahan dan keindahan, anda boleh saja berdukacita atau marah dan mengamuk kerana emosi terhadap pelbagai urusan yang menganggumu..

dipetik dari karya la tahzan by Dr Aidh al Qarni



keindahan menangis kerana Allah adalah keindahan teragung :rainbow   



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...