Pages

Mencintai tidak bererti memiliki



Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

dah abes bace ? tahniah ! :D
itulah hakikat sebenarnya kan. hakikat yang saya sendiri selalu lupa.
mencintai manusia tak kira lah ibu bapa, ahli keluarga, kawan, dan saudara mara or isteri ke suami ke bagi yang dah kawen lah (saya lom ade :P)
nasihat tuk diri saya dan juga bolehlah untuk kita semua. kita perlu redha dengan ketentuan Nya. mungkin mereka-mereka terpaksa tinggalkan kita.. mungkin pada suatu saat nanti insan2 yang kita cintai itu kembali kepada illahi...
kerna cinta kita tidak memiliki. tapi hanya meminjami dan menumpangi.


"demi cinta sanggup ku renang lautan api, mendaki gunung tertinggi, meredah segala onak dan duri untukmu kekasihku"
kata si hero kepada heroin.
wah hebatkan kata2 tu.

pada dasarnya memang hebat. namun berbaloikah berkorban sebgitu rupa semata-mata untuk "memiliki" cinta manusia yang memang tidak akan dapat kita miliki. kerna pada akhirnya.. kita mati. kita kembali. kembali kepadaNya. Tuhan Yang Memiliki Segala yang Ada di Langit dan Di Bumi. 

"demi cinta sanggup ku renang lautan api, mendaki gunung tertinggi, meredah segala onak dan duri untukmu wahai Pencipta ku"
bisikan hamba kepada Tuhannya dalam doa.

mana lagi hebat? 
berkorban untuk Yang memiliki Syurga atau yang mengharapkan syurga seperti kita?

sama-sama kita renungkan. wAllahua'alam.


2 comments:

soffea said...

saya suka ini ;)

yup. cinta tidak harus memiliki.

.:naqib saad:. said...

soffea:

saya suka jugak ;)
tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...