Pages

Oh Sang Bulan

Assalamualaikum !
comel kan budak kecik ni senyum. huhu. anda senyum pasti anda comel !

^_^

termenung sorang-sorang lalu melihat sang bulan di dada langit malam,
memang indah kan?
dengan dihiasi bintang-bintang yang berkerdipan. subhanAllah.



"dirimu indah bagaikan bulan purnama"

ungkapan yang seperti itu selalu kita dengar.
terutama dalam dalam filem cinta dan insan-insan yang sedang bercinta
(kalau layan lagu or filem 60 an la. haha)

memang indah ! tidak dinafikan bulan purnama memang indah kan.
walaupun hakikatnya bulan tu berkawah-kawah.. tidak la seindah seperti yang digambarkan kata-kata.

itulah hakikatnya.
seindah-indah bulan itu masih juga ada kekurangannya.. namun bila mata dan hati kita sudah mengatakan bulan itu indah. walaupun bulan dipenuhi kawah, kita masih menganggapnya ia sangat indah..

begitulah kita manusia. dalam keindahan pasti ada keburukan.
tapi..

alangkah indah kan jika kita mampu mencintai seseorang seperti kita mencintai keindahan bulan.
didalam mencintai keindahan. kita juga masih bahagia dengan kekurangannya.
tidak kiralah dalam mencintai ibubapa,guru-guru, kawan,suami bagi si isteri serta isteri bagi si suami, atau sesiapa sahaja lah.

okay pasni bolehlah kita gunakan ayat

"aku mencintaimu sepertimana aku mencintai bulan"
haha :D


tika ini. aku tersenyum penuh pengharapan melihat bulan separuh
tertanya dalam mengenai perjalanan hidupku.
aku seolah bulan separuh. dan untuk menjadi purnama aku harus separuh lagi.
bilakah aku akan bercantum dengan separuh lagi bulan lalu menjadi bulan purnama yang begitu indah?
tak tahu.

.kita merancang Allah tentukan. 
doakan saja yang terbaik.
InsyaAllah. yang separuh pasti menjadi penuh suatu hari nanti..


haha macam jiwang lak post kali nih.
oit oit.
sama-sama kita ingat pesanan ni jom !

"kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. kerana dengan tercapainya cita-cita InsyaAllah cinta yang akan mengejar kita dan waktu itu kita hanya tinggal memilih sahaja cinta itu"


yang paling penting,ape yang penting, dan yang terlalu penting ialah..
jangan mengharap redha manusia tapi berharaplah redha Illahi
^_^

nasihat untuk saya, anda dan kamu 




2 comments:

Khairy said...

dari pada bulan saje....macam2 kita boleh gambar kan. Kekasih la, kecantikan la, er..kalau datang bulan cmne ek..hehe

.:naqib saad:. said...

haha..
err no komen. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...