Pages

Ratu Istimewa.





sebelum tu jom lihat video ini
klik bawah ni..

ibu. emak. mama. umi.
hebatkan mereka? hebatkan kesabaran mereka? hebatkan pengorbanan mereka kepada kita? 


tiada sebab yang masuk akal untuk aku tidak mencintai insan sepertinya..
dia lah emak dia lah kekasihku dia lah Ratu istimewa..

jujur. memang tak tertahan airmata aku melihat video di atas.
banyak sungguh dosaku padanya.
anda lihat anda akan rasa..
kebetulan sebelum melihat video itu baru sahaja call mak.. rindu !!!!!!
pastu layan lagu jasa bonda.


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah


Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


em,


bila dahaga yang susukan kita.. mak
bila lapar yang suapkan kita.. mak
bila keseorangan, yang sentiasa disamping kita.. mak
bila bangun tidur kita cari.. mak
bila nangis, orang pertama yang datang.. mak
bila nak bermanja, kita dekati.. mak
bila sedih, yang memujuk kita.. mak
bila nakal, yang memarahi kita.. mak
bila merajuk, yang memujuk kita cuma.. mak
bila takut, yang tenangkan kita.. mak
bila nak peluk, yang kita suka peluk.. mak
bila sedih kita mesti telefon.. mak
bila melakukan kesalahan, yang marah dulu.. mak
bila seronok, orang pertama kita nak beritahu.. mak
bila bengong, kita suka luah pada.. mak
bila taku, kita selalu panggil.. "MAkkkkk !"
bila sakit, orang paling risau.. mak
bila nak exam orang paling sibuk.. mak
yang selalu masak makanan kegemaran kita.. mak
yang selalu simpan dan kemas barang-barang kita.. mak
yang selalu berleter kat kita.. mak
bila ada masalah yang paling risau.. mak
yang selalu puji kita.. mak
yang selalu doakan kita.. mak
yang selalu nasihat kita.. mak
yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. mak

namun bila kita ada pasangan

bila seronok kita cari.. pasangan
bila sedih kita cari.. mak

bila berjaya, kita ceritakan pada.. pasangan
bila gagal, kita ceritakan pada.. mak

bila bahagia, kita peluk erat.. pasangan
bila berduka, kita peluk erat.. mak

bila hari jadi, kita bagi hadiah mewah-mewah pada.. pasangan
bila hari jadi mak.. kita cuma ucapkan "selamat hari jadi"

bila-bila.. kita telefon pasangan
entah bila.. kita nak telefon mak

selalu.. kita belikan hadiah untuk pasangan.
entah bila.. kita nak belikan hadiah untuk mak

tapi nanti kalau mak sudah tiada.... ?

T_T
kalau rajen sila baca kisah ini.



Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku dan tempatkanlah mereka di syurgaMu.
amiin ya rabb.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...