Pages

Melangkah Bersama ^^


Berjuta detik telah berlalu, yang lalu biarkan berlalu, yang penting untuk hari esok sediakan jalan untuk kita lalu biar tidak berliku-liku untuk menghadap Dia Yang Satu.

Mungkin kita pernah merasakan masalah, kegelisahan melanda sanubari sebelum ini.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke mana

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna, sebelum menjadi gila.
Ingat ! Allah tak pernah lupa kita. Tak pernah lupa saya dan anda. Sedarkah wahai insan terpilih, kitalah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan kita semakin dekat denganNya. Tidakkah kita mampu melihatnya dengan minda yang positif terhadap setiap aturan dariNya? Tidakkah menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Wahai insan yang diuji, jangan sekali merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang kita lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Perkataan "Alhamdulillah, bertuahnya kita" harus sentiasa ada di dalam jiwa sebagai seorang muslim.Allah begitu menyayangi kita seolah-olah Allah yang memerlukan kita. Padahal Allah sama sekali tidak memerlukan kita. Segala Puji bagi Mu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih Dan Penyayang.


Sempena Maal Hirah, saya mengajak diri saya dan anda. jom berhijrah. dari minda dan jiwa yang sentiasa negatif kepada minda dan jiwa yang positif, minda yang mampu terima segala cabaran dan dugaan dari Allah yang ternyata ianya memang hadir untuk menguatkan jiwa dan iman di dada. Segalanya bermula dari diri kita bersama, biar kita mampu mendapat redhaNya bersama, dan mampu ke Syurganya bersama. marilah bersama-sama. semoga Allah redha terhadap saya dan anda. kita sahabat kan. dan..
"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya." 


Berubah memang susah kan tapi nak gapai syurgaNya lagi susah. kan? 
kita memang lemah, kita selalu tewas dengan nafsu, kita selalu redha dengan nafsu bukan dengan Allah, jadi peringatan untuk saya dan anda yakni perlu  bagi saya dan anda meminta petunjuk dan pertolongan daripada Allah Yang Maha Kuat agar diberikan kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan dan ke arah yang diredhai olehNya. InsyaAllah..
think positive
^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...