Pages

Pisang dan hati :)

Alhamdulillah.. walaupun blog ni terabai buat seketika. tp ada je yang datang singgah.. 
tq tq tq ^_^

Syukur alhamdulillah oksigen-oksigen masih ditakdirkan olehNya untuk diri ini agar masih bernafas untuk menikmati nikmat iman dan islam dan berjuang mendapat keredhaanNya.

just nak share satu kisah. buat renungan bersama. simple je. :)


Atikah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Atikah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Ok semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Atikah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi bukan bau kebencian sahaja, sifat-sifat mazmumah yang lain juga harus dijauhi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian dan segala yang buruk sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Atikah.

Cikgu tersebut mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci serta sifat2 mazmumah yang lain daripada membebani hidup. 
Kemaafan dan kelapangan hati adalah yang terbaik, agar ikatan ukhwah terpatri bersemi dan terus mewangi.


 Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati :)

jagalah hati, jangan kita kotori,
oleh itu sedarlah diri,
segala manfaat biarkan diresapi
pengingat jiwa dan diri
agar bahagia di syurga hakiki.
insyaAllah


2 comments:

Yuni Aisyah said...

nice entry naqib...
mmg kne buang jauh2 perasaan benci n sifat mazmumah yg lain..

simfonikasih said...

nice st0ry..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...