Pages

Hikmah pasti ada :)


In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful


daku kembali setelah laptop dibaiki. hee ~ jom bace ni. layan~ :D

Angin subuh menyapa. Amat dingin. Kedinginan itu membuatkan kedamaian menyirami nurani. Kedengaran bisikan ombak yang tidak pernah henti menghiasi alam, seakan tidak pernah lelah mengabdikan diri untuk bertasbih memanjatkan pujian kepada Allah yang Maha Esa. Walaupun dalam gelap, keindahan ciptaan Allah masih mampu dinikmati..

“aku sedar akulah ciptaanMu yang sempurna, namun kadang – kadang kesempurnaan itulah yang menjadikan aku semakin angkuh, semakin liat mengingatiMu  Ya Allah, malunya aku pada si ombak, malunya aku pada Mu Ya Allah! Walau dosa - dosa yang kerap ku tabur di bumi Mu ini, Engkau tetap mentakdirkan daku masih bernafas dengan nikmat Iman dan Islam. Maha Suci Engkau ya Allah ! ampunilah dosa – dosa hamba Mu ini Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan hambaMu ini semakin berganjak hari, semakin tersasar jauh dari jalanMu Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini Ya Rabbi”, Abdullah Fareed bermonolog bersendirian. Koreksi diri.

waktu itu, kebanyakan rakan sekelasnya yang turut serta dalam rombongan ke Pulau Langkawi itu masih lena dibuai mimpi di dalam chalet yang agak selesa. “mungkin mereka terlalu penat agaknya”, Fareed cuba bersangka baik. Sebelum bersendirian di tepi pantai, dia telah mengetuk setiap pintu chalet rakan-rakanya itu dengan harapan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh setelah melihat chalet rakan-rakannya itu kesemuanya gelap dan sunyi. Di sana, Fareed berkongsi chalet dengan rakannya yang beragama Kristian. Satu chalet 3 orang, dia sebilik dengan Edman dan Samson yang kedua – duanya berasal dari Sabah. Baginya, hal itu bukanlah boleh dijadikan alasan untuk melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah. Dia beranggapan jika dia turut tewas pada waktu subuh itu pastinya  ia akan memberi gambaran yang buruk tentang imej Islam kepada kedua sahabatnya yang beragama kristian itu. Hatinya sudah lama dibisik rasa kecewa melihat kebanyakan umat Islam hari ini yang begitu enteng dalam soal solat subuh ini. teringat dia akan sepotong hadis yang berbunyi “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

masa terus berlalu..dia terus mentadabbur alam. Dia tidak takut keseorangan dalam gelap di tepi lautan pantai yang indah itu meskipun dia telah dimomokkan oleh rakannya pada malam semalamnya bahawa ada hantu laut pada waktu – waktu gelap begini. Dia masih ingat teguran Ustaz Razali, ustaz di sekolahnya dahulu..“ jangan biarkan rasa takut akan hantu melebihi rasa takut anda semua kepada Allah. Jangan biarkan akidah awak semua rosak gara-gara rasa takut kepada hantu melebihi rasa takut kepada Allah. Yakinlah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Lebih baik anda semua takut azab Allah, kembali berharap pada Allah dan berdoa kepada Allah agar dihindari dari segala marabahaya dan gangguan syaitan atau jin, Allah telah berfirman dalam surah saba' pada ayat 20 - 21 yang bermaksud dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang orang yang beriman. dan tidak ada lah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. dan TuhanMu Maha Memelihara segala sesuatu”. Dia yakin Allah lebih berkuasa dari hantu – hantu tersebut. Allah lah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi ini dan tentu sekali hanya kepada Nya sahajalah yang layak ditakuti dan diakui kekuasaanNya.

Matahari mula memancarkan sinarnya, namun sinar cahayanya sudah menukar suasana gelap tadi kepada suasana yang begitu memukau keindahannya. Fareed terus mengelamun. Asyik. “Rupa – rupanya sudah lama jugak aku di Maktab ni, dah nak exam plak tu, lepas balik dari langkawi ni. Aku mesti ready. Aku tekad mahu jadi seorang bakal guru yang mampu berjaya di dunia dan akhirat. Pastu aku juga nak jadi seorang guru yang mampu mencorak anak didik menjadi insan yang berjaya dan bahagia di dunia serta akhirat. insyaAllah. Boleh ! aku orang Islam pasti boleh. InsyaAllah pasti boleh !”,semangat hati Fareed bertekad pada pagi itu.

Guru.. Itulah gelaran yang bakal Fareed sandang. Baginya, Allah telah mentakdirkan dirinya untuk menjadi seorang guru. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk dia menghabiskan pembelajarannya. Gelaran itu pasti terlekat padanya sampai bila – bila..

Pada awalnya, hatinya tidak tergamak untuk memilih kerjaya Guru sebagai pilihan. Bukan kerana tidak suka tetapi dia merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi guru kerana dia rasa sikapnya  tidaklah sebaik mana, tidak layak untuk dijadikan guru atau role model kepada anak muridnya nanti. Namun ibunya memberikan dorongan serta motivasi.. “Fareed, kau benar – benar terpilih nak, Allah tidak akan menunjukkan kepada mu jalan untuk menjadi Guru ini jika benar kerjaya Guru ini bukan takdirmu. Yakinlah, Allah tahu kebolehanmu nak, Allah pasti lebih mengatahui apa yang terbaik untukkmu nak. Jika kau rasa kau tak layak jadi Guru sebelum ini, maka masa inilah kau buktikan kau boleh nak ! kerjaya ini begitu mulia jika kau benar – benar ikhlas mendidik anak – anak harapan agama, bangsa dan negara untuk berjaya. insyaAllah segala didikanmu itu akan dibalas dengan redhaNya. semoga Allah mempermudahkan urusanmu nak.. ingatlah firman Allah yang berbunyi boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuidia sedar. Kerjaya guru sangat mulia.. ladang dakwah terbentang luas untuk diusahakan.  namun cabaran mendidik anak-anak murid pastinya nanti menggugat kesabaran dan keikhlasan di dalam jiwa. “jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita” kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Akhirnya dia tekad. Lalu Institut Pendidikan Guru menjadi destinasinya hingga ke hari ini..............................



“Oiii ! kau buat ape tu ? !!sergah Afiq.

“uuisshh, terkejut aku ! ” Fareed benar- benar terkejut, rupa – rupanya dia mengelamun begitu jauh. Memorinya ketika bercuti di Langkawi terpanggil setelah mendengar lagu akrab persahabatan yang menjadi lagu latar belakang kepada video kenangan di Langkawi bersama-sama rakan sekelasnya itu.

“haaa ni mesti berangan awek ni kan” Afiq cuba bergurau.

“mane adee. No couple before married. aku tak macam kau. Kau tu, bila nak kahwin? Ber ‘abang sayang’ bukan main lame lagi dah. Tak kahwin jugak lagi” balas Fareed.

“ala relax laa.. yang penting aku sayang betul-betul tau kat awek aku tu. Kau ape tau ?” Afiq menjawab.

“sayang? Kau kata kau sayang? Kalau benar kau sayang kenapa kau ajak dia pada perkara yang Allah larang? Kenapa kau ajak dia bercouple sedangkan kau tahu Allah murka pada orang yang menghampiri zina? kenapa? Kau kata kau sayang tapi kau biarkan orang yang kau sayang mendapat murka Allah. Itu yang kau panggil sayang? Kau tahu tak dengan murka Allah tu, orang yang kau sayang tu akan terjerumus ke dalam neraka? Kau rela melihat orang yang kau sayang terjerumus ke dalam neraka? Itu yang kau panggil sayang? Itu?” soal Fareed dengan nada agak tegas.

Afiq terdiam..

“afiq, kalau benar kau sayang dia, kau biarkanlah dia berkasih sayang dahulu dengan Allah yang Maha Penyayang. Janganlah kau jadi penyebab dia lalai hingga menagih kasih sayang manusia melebihi kasih sayang Allah. Kau kata kau sayang dia tapi kau sudah menjadi penyebab ikatan dia dan Allah semakin renggang. sepatutnya bila kau kata kau sayang dia, kau mesti nak orang kau sayang bahagia hingga ke Syurga. tapi nak gapai syurgaNya bukan senang. bukan hanya dengan angan-angan tapi dengan amal kebaikan dan meninggalkan apa yang Allah larang. aku harap kau fikirkan kawan" ringkas nasihat Fareed kepada Afiq.

Afiq terus diam.. terbersit rasa insaf dalam hatinya..



“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada kedua-duanya banyak lelaki dan perempuan…” (an-Nisaa’: 1)
(an-Nisaa’: 1)

7 comments:

mujahidah muslehah said...

salam..best citer nie..memberi keinsafan kat kita yg selalu lupa..

.:naqib saad:. said...

salam. moga dengan keinsafan itu mendekatkan lagi diri kita kepadaNya :)

Izzati Hashim said...

nice sharing.

(=

peringatan buat diri.

fnatasha.hafizi said...

syukran..ingatan yg bermakna.. :)

.:naqib saad:. said...

afwan.. moga sama2 dapat manfaatnya :)

anah samsudin said...

nice story..kudos for u cikgu naqib.hehe..
btw , watak fareed tu ko ke ? ke watak afiq tu ? haha =P

.:naqib saad:. said...

takde watak naqib kat cite ni. naqib ni pemalu orgnyer. taknak lah masuk dalam cite ni. haha :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...