Pages

Sendiri Menyepi



jom bace ! :D
Tika matahari berpasangan dengan si awan yang membentuk suatu paduan begitu gemersik keindahannya. Di saat kanak-kanak tertawa riang bermain bersama-sama. Disudut kedamaian taman rekreasi itu.. terlihat dua insan yang telah bersahabat rapat sejak kecil lagi, bergurau senda..

"Mar, kau tak minat ke kat Abdullah tu?" persoalan itu terlontar jua oleh Siti yang juga rakan baik Nur Mardhiah.

Mardhiah terdiam seketika. pipinya kemerahan. matanya seolah-olah tiada lagi tempat untuk melihat selain ke bawah..malu menghiasi jiwa dan raga..

"sahabatku sayang, tiba-tiba je tanya pasal ni knapa? malu.. tahu tak??!" tegas Mardhiah

“ohhh.. malu tanda setuju. Orang tua-tua kata.. hehehe”. usik siti.

“Ouch ! sakit la” siti mengaduh sakit dipehanya yang dicubit oleh Mardhiah lantaran kenakalannya.

“Ha rasekan.. begitulah hatiku tadi, sakit jugak tau bila tercubit dengan soalan kau tu..” Mardhiah membalas.

“hehe ok maafkan saya ye Nur Mardhiah. gurau je. Peace no war. Hihi” dengan mimik muka keanak-anakan, siti meminta maaf pada sahabat baiknya itu..

“yela-yela, aku maafkan. Jangan ulang lagi soalan tu tau. promise?”Mardhiah memaafkan dengan syarat.

“baik boss..i promise..hehe” janji siti dengan tersengih-sengih manja.

“eh dah nak pukul 6.30 ni.. jom balik” ajak Mardhiah

“jom jom”sahut siti

Suasana alam menjadi lebih indah.. sang matahari yang tadinya mendengar segala perbualan dua sahabat baik bertukar menjadi mentari senja dengan gabungan warna mengasyikkan ditambah kicauan burung yang bagaikan melambai-lambai untuk pulang ke sarang masing-masing.. subhanAllah indahnya ciptaan Pencipta..! kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya…

Sebenarnya perbualan tadi berbekas di hati Mardhiah dengan suatu persoalan yang telah membuatkan hatinya tercubit..

Dia sendiri tidak pasti. Namun, dia akur. Jauh dilubuk hatinya memang menyimpan suatu harapan kepada Abdullah, pemuda yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya..

“Astagfirullahal’azim..” Mardhiah beristighfar.. dia cuba melupakan hal itu.. hal yang telah menggangu hatinya sehingga terlupa kepada Cinta Utamanya. Cinta yang sepatutnya lebih diutamakan..dia tahu jika dibiarkan terus melayan perasaan itu di hatinya. Lama kelamaan dia pasti akan terus hanyut seperti air di sungai. Namun itu air di sungai yang mana penghujungnya di laut, baginya jika tersilap langkah, dia pasti terhanyut sehingga penghujungnya membawa kepada kemurkaan Allah.

Dia mencari kekuatan..dia masih mengingati kata-kata yang dia sendiri tidak pasti dari mana dia dapat..namun kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya..

Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Dia sedar cinta Allah yang patut didahulukan. Namun dia hanyalah manusia biasa, yang dangkal imannya, yang tidak mampu menepis rasa cintanya kepada hamba Allah yang bergelar lelaki..tetapi dia tekad.. dia akan cuba melupakan rasa itu sehingga suatu saat yang akhirnya dihalalkan untuknya untuk merasai keindahan perasaan cinta itu. Masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Dia yakin jika dia kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT. Segalanya akan indah pada waktunya. insyaAllah.

Dia meluahkan segala isi hatinya di dalam diari comel miliknya..

Duhai syabab pujaan hati..
Maafkan daku mencintaimu
Namun segalanya daku serah padaNya. Pencipta rasa Cinta ini.
Ku masih ingat satu kata yang pernah dirimu lontarkan,

"Kalau kita sayangkan sesorang itu , pastikan kita berusaha supaya dapat selamatkan seseorang itu dari azab api neraka dan mampu ke syurga"

Kerna rasa ini. insyaAllah prinsip diatas akan ku pegang erat dihati. Daku tidak mahu diri inilah penyebabmu terperusuk jatuh ke dalam neraka. 
Daku tak mahu dirikulah yang menjadi Fitnah terbesar buatmu.
Daku mahu diriku inilah yang mampu membawa kita bersama melangkah syurga ciptaanNya yang terbentang luas bagi kita sekiranya cinta kita ini dilandaskan cinta kepadaNya.
insyaAllah itulah kebahagian di dunia dan Akhirat yang harus kita tuju bersama
semoga Allah menyatukan rasa cinta ku ini dengan cintamu di jalan yang diberkati dan diredhaiNya
akan ku berdoa kepadaNya agar jodohku hanya untukmu…….


"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”(Surah al-Mu’min, 40: 60)

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)




Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.






2 comments:

♥ moy ♥ said...

best :) . i give u,5 star! ^______^

.:naqib saad:. said...

TQ. best bg la 10 star. heee.. btw alhamdulillah tq again ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...