Pages

Experience is a great teacher


In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful


Semalam sudah pergi. hari ini menyapa dengan wajah baru. terasa nyamannya sebuah pagi. InsyaAllah kebahagian pun seolah akan bertambah subur pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini. Syukur alhamdulillah~

3 hari yang baru sahaja berlalu, macam-macam yang aku belajar di Ekspo Pendidikan Perdana 2011 IPG Darulaman, pengalaman yang berwarna warni.  pheww bestt giler. pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana dan tidak juga didapati di kuliah harian biasa. cecite cecite. :D

cikgu naqib tengah mengawasi anak muridnya. cewah. haha

Alhamdulillah ditugaskan di bilik pameran Jabatan Bimbingan & Kaunseling, di samping seolah "terpaksa membelah dua badanku" ini setelah ditugaskan juga menjaga gerai makanan masjid. walaupun penat. tapi berbaloi baloi baloi rasenya. Alhamdulillah :). first time dalam hidup ini rasenya jadi "peniaga". walaupun sekejap je tapi itu yang bermakna. "beli beli beli !" hehe terngiang-ngiang di ingatan sampai sekarang. pheww bestt giler.

banyak sangat benda baru yang aku belajaq tima bertugas di bilik pameran Jabatan B&K. paling menarik time kena handle sesi ujian personaliti, dapat sikit blajaq pasai ujian personaliti. best kot dapat tau personaliti orang. walaupun tak 100% tepat, dapatlah kenal sikit personaliti seseorang tu. tertimbul pula rasa macam nak amek major kaunseling dan psikologi je.  :D

                                                                                        pheww comel je budak kecik tu

selain itu,(wah macam tulis karangan SPM plak. haha) best betoi layan adikadik. melayan mereka, rindu pula kat anakanak buah aku, adikadik yang sekolah rendah kecik-kecik je, tapi pusing-pusing jugak kepala kekadang layan adikadik ni. pheww best. pastu ada adikadik yang dari sekolah menegah, badan same besaw kot. terasa muda pula diri ini. haha. tapi satu benda paling takleh lupa. student yang berbangsa cina berhenti dan tunduk hormat kat kami ketika bertembung. segan betui rasanya. macam tak layak je rasanya dapat penghormatan sampai macam tu sekali. tapi *kagum sangat sangattt dengan budi bahasa mereka*. InsyaAllah pengalaman ini akan diterapkan pada anak murid aku kelak pabila sudah bergelar guru. cewah~



sifu~


hari last banyak makan-makan. best ! best !  huhu. terima kasih semua. kaunselor-kaunselor yang banyak beri tunjuk ajar, beri makan free dan rakan-rakan yang menggembirakan. banyak lagi benda baru yang nak kongsi tapi tangan dah maleh nak taip sampai sini jela catatan ini. hee

dah penat, haus loh~




"Experience is a great teacher. Experience enables you to recognize a mistake when you make it again and we are a product of all our Experiences"


akhir kata, semoga apa yang telah kita lakukan. moga Allah redha kepada kita semua. InsyaAllah :)

2 comments:

anah samsudin said...

wah ! bakal cikgu berkaliber..jangan berkaki lebar sudahh..haha =P

setuju dengan ''experience is a great teacher''

matang melalui pengalaman :)

.:naqib saad:. said...

berkaliber la sgt.. huhu :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...