Pages

Jalani Hidup Apa Adanya

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful


Jalani Hidup Apa Adanya

sekadar perkongsiaan yang diambil dari buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al Qarni, bab 20. insyaAllah moga bermanfaat buat kita semua :)


Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup. Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.

Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Kerana setiap luka ada harganya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hati yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan, dan dua pendapat yang ber-tentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Dunia adalah terlaknat. Semua yang ada di dalamnya terlaknat, kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat. (Al-Hadith)

Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kawallah jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab, ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.

Bahkan, isteri anda pun tidak akan pernah sempurna di mata anda. Maka kata hadith;

Jangan seorang mukmin membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya), kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia kan menyukai perangainya yang lain.

Adalah sayugianya apabila kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengesampingkan berbagai hal yang mengganggu.



hidup macam roda. tak selamanya di atas. tak selamanya di bawah. terkadang menang. terkadang kalah. kan?  :D

5 comments:

anah samsudin said...

bersyukur dengan apa yang ada rite ? kadang2 kita tak sedar apa nikmat/kelebihan yang ada pada diri sendiri.bak kata pepatah , kuman diseberang laut nampak ..gajah depan mata tak nampak.. *ehem , bermadah pulak.hee

btw , ''sayugia'' tu apa weh ?

.:naqib saad:. said...

ya ya. betui2. huhu. sayugia? hoho ejaan betulnya seyogia. kalau ikut dbp lah.. sayugia membawa maksud sebetulnya atau selayaknya.. :D

. said...

jangan hidup dalam khayalan, berdiri di dunia yang nyata :)

naqib : perkongsian yg terlalu mendlm :D

nurfarhani said...

manusia tak pernah bersyukur dgn ape yg ade. bila senang kita bongkak. bila susah kita mengeluh. itulah manusia.

note : this is good entry , boleh buka mata orang lain , tq

bungaitucantik said...

hmmm..btul tu.. xde sape yg sempurna~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...