Pages

Tidak terhitung.


seorang isteri pasti terharu dan bahagia apabila diberi sekuntum bunga yang indah oleh suaminya.

seorang pelajar pasti gembira apabila diberi anugerah oleh gurunya.

seorang sahabat pasti terharu dan gembira diberi hadiah oleh sahabatnya 

seorang anak pasti bahagia apabila diberikan dorongan dan kasih sayang daripada ibu bapanya.

sebut sahajalah sesiapapun di dalam dunia ini, setiap insan pasti terbersit rasa gembira, bahagia dan terharu di dalam hati apabila diberi hadiah, penghargaan, dorongan dan kasih sayang. Sudah pasti jika diberi dengan pelbagai kebaikan itu, kita semakin sayang kepada insan yang memberinya itu. 


jika direnungi, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah memberi kita nikmat mata untuk melihat, nikmat tangan untuk menulis, nikmat akal untuk berfikir, nikmat oksigen untuk bernafas, nikmat air untuk kita minum, nikmat nyawa untuk kita hidup. Malah, seorang suami yang baik juga anugerah dari Allah, seorang sahabat yang baik juga dari Allah. seorang ibu bapa yang baik juga dari Allah, seorang guru yang baik juga datangnya dari Allah. Semuanya pemberian dari Allah. terhitungkah kita menghitung segala nikmat yang Allah beri ini?

"..Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya"
(Surah Ibrahim: 34). 

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu mahu dustakan ?”

Alhamdulillah..
oleh itu, sangat wajarlah bagi kita berasa terharu, gembira dan bahagia serta bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri kepada kita serta sangat wajar juga kita menyayangiNya & mentaati segala perintahNya. kan? 

SubhanAllah !

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)



sama-sama kita renungi dan mensyukuri segala nikmat yang Allah beri kepada diri kita. moga Allah redha :)




4 comments:

anah samsudin said...

alhamdulillah :)
semoga segala nikmmat yang Allah beri ni mampu digunakan sebaiknya pada jalan yang di redhai ..kerana segalanya akan disoal di akhirat kelak * peace *

.:naqib saad:. said...

insyaAllah. amiin. *peace*

syafa mohamed said...

saya suke entry kali nie....:)
sebab semua nikmat sy dapat...
Allah give pain to let us being stronger..
Allah sangat sweet dengan hambanNya^^
lg
saya suka gambar robot kayu tue jugak...

hati~♡ said...

moga btemu jodoh yg baik.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...