Pages

Indahnya Cinta

Cinta ibarat pisau bermata dua. Ia boleh mendatangkan keindahan dan pada masa yang sama jua, ia boleh mendatangkan padah dalam kehidupan. Cinta sejati sememangnya membawa kedamaian dan ketenangan bagi kehidupan si teruna dan dara yang menginginkan kehidupan bahagia selepas diijab kabulkan. Cinta sejati akan senantiasa sejahtera selagi difahami dan diamalkan mengikut aturan yang betul. Tanpa cinta, umat manusia pastinya hidup dalam kegersangan dan kehampaan. Sebaliknya, apabila cinta disalah-ertikan pasti membawa malapetaka bagi hidup manusia.

Islam datang sebagai agama yang syumul turut mendefinasikan cinta dengan sedemikian indah untuk dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan. Malah difahamkan bahawa seseorang yang kalis pada cinta tidak akan memasuki syurga. Ini kerana, munculnya perbalahan dan perselisihan adalah disebabkan kegersangan cinta dalam diri seseorang itu.

Apakah makna cinta yang sebenar dalam Islam? Sejauh manakah kebenaran cinta dapat menenteramkan jiwa umat manusia hingga membawa mereka masuk ke dalam syurga? Apakah batasan-batasan cinta dalam Islam? Inilah perbahasan yang dikupas dengan terperinci oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni, pengarang BEST SELLER "LA TAHZAN" dalam bukunya "INDAHNYA CINTA"... amat bagus untuk memuhasabahkan diri kita betapa dalamnya kecintaan kita kepada Allah.


"Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya" - Hadis riwayat Abu Daud

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan tanahladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan DI SISI ALLAH LAH tempat kembali yang baik(Syurga)"- 
(Ali Imran:14)


1 comment:

anah samsudin said...

waa..nak pinjam chekgu naqib..hehe =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...