Pages

Kekuatan dan Kekurangan

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful



Adakah kita benar-benar kenal diri sendiri? Kalau ‘Ya’, sudah pasti kita tahu apa kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Setiap hamba Allah dalam dirinya ada kelemahan serta pasti juga ada kelebihan dan itu sesuatu yang normal. kan? Alhamdulillah hari khamis lalu dalam kelas EQ (emotional intelligence), lecturer kami, puan Aishah mengarahkan kami menulis nama masing-masing dalam satu kertas, dan setiap seorang dalam kelas tu mesti tulis apa kekuatan atau kekurangan rakan sekelas yang lain pada kertas rakan tersebut. Semuanya di judge oleh rakan sekelas sendiri yang telah kenal sesama sendiri selama 3 sem. result untuk encik naqib bin saad seperti berikut. he he.

kebaikan memang sengaja diblurkan. tak penting. yang penting kekurangan diri tu. :D

Alhamdulillah kelebihan smuanya positif-positif belaka. walaupun hakikatnya diri ini bukanlah seorang yang baik cumanya diri ini hanyalah seorang insan yang sentiasa ingin ke arah kebaikan. insyaAllah. "Segala yang baik itu datang daripada Allah". Yang hendak ditekankan kat atas tu. kelemahan. kelemahan yang pertama, ada yang kata naqib saad ni seorang yang emosional? hoho. benarkah? mungkin ya. selepas itu, suka marah kat orang tertentu? haha sudah dikenalpasti siapa yang menulis begini. ya marah untuk kebaikan. saya cikgu yang garang. huhu. Yang ketiga pula, Clumsy @ kalut, memang ya ! terima sahaja hakikat itu.

Memang tersengih tengok kertas ni. baru tahu saya ni seorang emosional + garang rupanya. bila ditanyakan kepada rakan sekelas apa yang emosionalnya? ada yang jawab saya ni sentimental. haha. sengih + tergelak. terima kasih kat kawan-kawan yang bagitahu kelemahan tu. insyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa. secara peribadi, sebenarnya banyak lagi kelemahan diri ni, tapi mungkin rakan sekelas semua baik baik belaka kerna ramai yang pandang pada kabaikan sahaja dan tak bermakna yang tulis kelemahan tu tak baik, baik juga dan sangat jujur. terima kasih banyak kawan kerna menyedarkan tentang kelebihan dan kekurangan diri ini  ! ;)

Apappun, apa yang penting bak kata kaunselor ialah bagaimana kita hendak menjadikan kelemahan tidak akan menjadi kelemahan kepada diri kita lagi dan kelebihan tidak bertukar menjadi kelemahan diri. bunyinya macam pelik dan sukar namun Dr Aidh al-Qarni pernah berkata, apabila kita berkehendak untuk sesuatu yang kita rasa begitu mustahil serta sukar bagi kita ia bermakna kita sudah membuahkan satu harapan dan azam yang baru untuk kita miliki dan nikmati.

Hari yang saat ini matahari masih memancarkan sinarnya untuk kita, siangnya masih lagi menyapa kita, ada baiknya kita manfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki diri kita. Jika kita bukan anak yang soleh, maka ada baiknya kita solehkan diri kita. Jika kita bukan seorang yang jujur, maka ada baiknya kita jujurkan diri kita. Jika kita bukan seorang sahabat yang baik, ada baiknya menjadikan diri kita sebagai seorang sahabat yang baik dan jika kita bukan seorang taat kepada Allah, maka ada baiknya kita manfaatkan masa yang telah diberi oleh Allah ini untuk menjadi seorang hamba Allah yang taat kepadaNya

Kita sebagai manusia biasa memang impikan segalanya baik-baik belaka kan, cuma kadang-kadang diri kita tidak dapat mengawal emosi lantas memberi implikasi yang negatif. Oleh itu, kekurangan yang lalu biarkan ia tenggelam di dasar masa lalu, untuk masa yang baru, kita timbulkan azam baru untuk sentiasa lurus pada jalan kebaikan yang hendak dituju. Apabila kita terima suatu kritikan, kita lihatlah ia dari sudut yang paling terang bukan daripada sudut yang paling gelap. ketika seseorang memberikan kita air limau yang masam, tambahkanlah gula agar kita merasa manis dan begitu juga ketika seseorang menghadiahkan kita seekor ular, bunuhlah ular tersebut dan ambillah kulitnya yang mahal itu. Sesuatu yang perkara yang diambilkira dari sudut positif akan memberikan hasil yang positif juga. InsyaAllah.


muhasabah bersama. moga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang berjaya. bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat juga. InsyaAllah. moga Allah redha :)

1 comment:

simfonikasih said...

insyaALLAH.. smoga yg trbaik...=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...