Pages

Hati-hati jaga hati


“zaki watpa tu?”

“hmm. takde wat pape lah kak”

“kenapa ni? Macam ade problem je akak tengok. Ade problem kan?”

“hmm. Tau –tau je kan akak ni. Hebak hebak, hebak beno mu nih”

“aitt sejak bila adik aku jadi ‘budok klate’ nih. Haha. Lawak la kau ni Zaki. Apa problem kau tu? cecite cecite..”

“hmm. zaki rasa bersalah sangat sekarang ni kak.. sebab tadi zaki ada tegur seorang perempuan ni, kawan sekelas zaki.. dia baik. tak jahat pun. Tudung dia jarang, mungkin terpakai tudung jarang kot time pergi kelas tadi. Nampak leher dia. zaki duduk kat belakang dia. Then, zaki tegur la dia..”

“pastu?” sampuk nurul

“sabo ler nak cerita la ni. Haishh.  zaki tegur agak keras sikit kot. Sebab lepas zaki tegur dia, muka dia berubah.. macam nak nangis.. zaki pun gelabah lah. Last-last dia nangis betul-betul..huwaaa. seram sejuk hati zaki dibuatnya.. adoi.. rasa kaki zaki ni tercelup dengan ais –100000 darjah celsius.. tak sangka dia nangis.. zaki niat nak tegur je. untuk kebaikan dia juga”

“haha zaki oh zaki!”, berdekah nurul ketawa

“ishh orang serius ni. Ade ke gelakkan pulak !”, balas zaki

“haha kau ni zaki, nak tegur orang tu, tegur la baik-baik. bahasa yang lembut. Barulah hati orang pun lembut terima apa yang kau tegurkan tu. ini tak, ade ke tegur seorang perempuan yang hatinya confirm lembut dengan nada yang tak lembut. Mestilah terasa hati dia.”

“alah, zaki ni mane lah reti nak lembut-lembut ni..”

“yeke? Akak tengok kat blog kau tu bahasa bukan main sopan santun plus indah lagi. Boleh je kan? Kat blog, boleh je kau guna bhasa yang lemah lembut, kat real life mestilah boleh jugak lemah lembut.. cakap dengan orang cubalah tak kasar sangat. Kalau kita cakap sopan mesti orang mudah terima punyalah apa yang kita cakap”

“hmm.. ye memang kelemahan zaki sendiri.. betul lah cakap akak tu”

“well, hihi.. of course betul. Kan akak perempuan jugak.”

“Ha ! riak la tuh. Tahu tak kak, riak tu umpama api yang membakar kayu jadi abu ?”

“yolah yolah. Insaf-insaf.”

“good-good. Hehe”

“macam ni lah zaki, kau tahu perempuan ni kan macam tulang rusuk.. lembut je.. kalau kau nak luruskan takleh ganas-ganas, tapi kena slow-slow, kena lembut-lembut.. barulah boleh lurus. Kalau ganas-ganas nanti patah tulang rusuk tu.”

“hurm.. menarik analogi akak tu.. tapi nak buek camno, eden ni kan jantan. Mestilah hati keras sikit.”

“lahh kau ni zaki, kalau kau nak tahu lagi, hati perempuan ni pun macam belon tau.. belon mudah meletop.. kalau kau tak jaga sikit..boleh pecah belon tu walaupun dicucuk dengan hujung jarum je..bagi akak, dah bagus dah kau tegur tu tapi lain kali bagus kan sikit lah cara kau tegur tu ye..”

“ok insyaAllah. leceh gak lah orang perempuan ni kan kak. aish zaki nak carik yang hati keras sikit lah camni. taknak lembut sangat. haha”

“haha. ade-ade je kau. normal la tu perempuan. zaki, akak teringat kat surah an-nahl ayat 125, yang bermaksud "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.". esok kau mintak maaf la kat kawan kau tu ye. insyaAllah bulan ramadhan ni, mudah mudahan dia menerima apa yang kau tegur tu. biarlah dia nangis waktu ni. sebab kalau waktu perhitungan nanti, tangisan dah takda guna lagi dah. Segala apa akan dihisab walaupun dosa sekecil zarah. Akak pun rasa perempuan sekarang banyak yang anggap aurat itu hanya tutup rambut mereka sahaja. hm, semoga peristiwa hari ini beri pengajaran yang berguna buat adik akak ni ye. Jangan pernah berhenti berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran..”

“insyaAllah. Terima kasih kak atas dorongannya. Takpelah kalau dia tak maafkan pun. Yang penting dia sedar kesalahan dia. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan kawan zaki dan kesilapan diri zaki ni kak. InsyaAllah, semoga Allah redha atas kita semua. Amiin. ”

“amiin. Good boy la adik akak ni. hehe”

3 comments:

anah samsudin said...

hmm..hati perempuan mmg lembut..hihi

''mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok jika dtgnya dari kayu yg bengkok...'' - wanita by dehearty :D

.:naqib saad:. said...

err.. lembut macam agar-agar ke ? :D

Sidratul Muntaha said...

Taklah.Lembut macam kek lapis sarawak.hehe.

P/S: pernah kena tegur dgn lelaki juga by letter tentang adab.Sentap.Tapi,tak nangis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...