Pages

Pembimbing atau Perosak?

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful


pesanan ini untuk semua lelaki terutamanya buat diri saya sendiri...

“Lelaki itu pelindung bagi wanita........” (QS An-Nisa : 34). Ayat ini mengatakan bahawa orang lelaki adalah pemimpin atau pelindung bagi kaum wanita kerana secara teorinya memang lelaki lebih gagah dalam kebanyakan hal. Tapi apakah yang kita lihat pada hari ini?. Adakah lelaki sekarang ini lebih ramai memimpin wanita kearah kebaikan ataupun kearah keburukan?. Ternyata jika kita tanya pada realiti, pasti realiti akan mengatakan bahawa kebanyakannya memimpin kearah keburukan. Ya, bukan semua lelaki begitu tetapi adakah ianya hanya segelintir atau sebilangan kecil sahaja?

Nak salahkan lelaki seratus peratus? tak boleh juga kan sebab orang wanita juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri mereka. Tetapi dalam konteks kerosakan wanita pada hari ini kebanyakannya adalah berpunca daripada orang lelaki yang mengaku sebagai seorang muslimin, tetapi hatinya mahu juga melihat si muslimat rosak ditangannya. Na'udzubillah

Allah telah menganugerahkan kepada kita, kaum lelaki dengan berbagai keistimewaan, antaranya, kita mampu mencairkan seseorang wanita dengan menggunakan kata-kata indah atau dengan pemberian hadiah. Sememangnya, orang wanita cepat terasa dan terharu, apatah lagi untuk menolaknya. Keistimewaan yang Allah kurniakan ini tidak lain hanyalah untuk mereka yang sudah bergelar ‘suami isteri’, untuk menjadikan suasana itu lebih ‘romantik’. Tetapi di salah gunakan untuk kepuasan diri.

Lihat apa yang telah terjadi pada wanita hari ini?. Kebanyakan mereka yang masih cantik-cantik dan berpelajaran menyudahkan kehidupan mereka dengan kesengsaraan dan penghinaan. Kenapakah kesudahan kehidupan mereka begini?. Ini kerana mereka telah dirosakkan oleh kaum lelaki! lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kejadian-kejadian sebegini sudah lali untuk diperkatakan, seolah-olah menganggap wanita sebagai ‘lampin pakai buang’. Bila nak dia akan beli, bila dah jemu dia akan buang. Oh!, begitu teruk penghinaan terhadap wanita. kesiannya dirimu wahai wanita.

Wahai lelaki termasuk diri saya ini, belas kasihanlah kamu kepada kaum wanita yang lemah. Mereka bukanlah harta kamu selagi mana kamu belum bernikah dengannya. Kereta BMW 7 series di luar sana bukanlah hak kamu selagi mana kamu belum membelinya, maka apabila telah membelinya, secara automatic itu adalah hak kamu, dan kamu boleh lakukan apa sahaja terhadap kereta BMW tersebut. Nak pasang 3 lampu ke, nak buat kereta tu jadi dua tingkat ke, its ok lah, terpulanglah pada kamu, disebabkan kereta itu telah menjadi hak milik kamu. Tetapi wanita bukan begitu, sekalipun mereka telah menjadi isteri kita, bukanlah bermaksud kita boleh lakukan apa saja. Mereka mempunyai hak ke atas diri mereka dan mereka juga mempunyai maruah untuk kamu hormati!

Wahai lelaki termasuklah diri saya ini, bila kamu melihat wanita, maka hargailah mereka, kerana tanpa wanita bagaimana mahu wujud kita ke dunia ini. Bahkan, jangan lupa ! wanita juga sebagai salah satu sumber kekuatan lelaki! marilah kita menjadi lelaki yang membimbing bukannya menjadikan wanita terumbang-ambing. moga Allah redha. :)

4 comments:

syafa mohamed said...

sama-sama menjadi diri dan membantu para hawa memelihara kesuciannya:)

kerana wanita solehah itu dibibirnya tiada nama lelaki dan namanya juga tidak menjadi sebutan ar-rijal...

.:naqib saad:. said...

insyaAllah. terima kasih kak peringatannya :)

AnahSamsudin said...

tercipta engkau dari rusuk lelaki , bukan dari kaki untuk dialasi , bukan dari kepala untuk dijunjung , tapi dekat di bahu untuk dilindung :)

Si Pujangga said...

nice sharing bro.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...