Pages

Kita Peminjam Nikmat


Awan berarak mendung, guruh berdentum sana - sini, lalu hujan turun dengan lebat. lebat selebatnya. ada yang suka ada yang tak suka. ada yang berkata begini..

"alhamdulillah, hujan.. syok tidur ni.. huhu"

ada juga yang berkata begini

"adoiii, hujan pulaaa. habislah baju yang aku jemur tuu...!"


Suka bila bahagia dan derita bila ada duka

Itulah hakikatnya kita sebagai manusia, kita akan suka pada sesuatu perkara bila sesuatu perkara itu berguna bagi kita, memberi manfaat kepada kita. tetapi kita akan mudah sahaja menukarkan perasaan suka itu kepada tidak suka apabila perkara tersebut tiba - tiba tidak lagi memberi manfaat kepada kita, malah seolah memberi bencana pula kepada kita. Mungkin kita lupa bahawa setiap perkara itu ada baik dan buruknya. contohnya, matahari. sinarnya ada yang begitu menantikannya dan ada pula yang begitu tidak menyukainya.

Begitulah kehidupan kita ini. ada saatnya, kita rasa bahagia sangat, bahagia sebahagianya lah, gembira bagai dunia kita yang punya, lihat langit nampak bulan tersenyum, lihat pokok nampak rantingnya melambai mesra. Namun, bila kehidupan memberikan kita dugaan dan bencana. lihat gunung, bagai ada lava yang mahu dilepaskannya, lihat laut bagai ada tsunami yang akan menjelma. segala - galanya tidak kena. jiwa pun merana. batin meraung terseksa bagaikan bencana ini tiada akhirnya.

Wahai hamba Allah, kebencian itu lahir dari rasa kekecewaan dan rasa kekecewaan itu lahir daripada ketidak puashatian yang lahir dalam jiwa akibat tidak menerima suatu ketentuan. atau lebih mudahnya, rasa kecewa akan lahir apabila kita cuba menolak takdir yang telah diatur Allah kepada kita. Kita manusia dan kita selalu lupa. Hidup kita hanya pinjaman dan kehidupan kita ini ada yang mengaturnya. mari kita soal diri kita agar tidak lupa. Siapakah yang menetapkan api itu panas dan ais itu sejuk? Siapakah yang mengaturkan air laut itu ada pasang dan surutnya?Siapakah yang mengaturkan bumi dikelilingi bulan mengikut orbitnya? siapakah yang mengaturkan ikan hidup dalam air? siapakah memilih kita daripada berjuta-juta dalam sekumpulan sperma  untuk membentuk seorang manusia? siapakah yang mengaturkan kehidupan ini.? pasti akal kita akan memberi jawapan Allah. Ya, tiada yang mengatur alam ini kecuali Allah.

Ingat. kita hanya meminjam. 

Jika kita meminjam suatu barang, lalu tuan pemilik barang itu mahu mengambil semula barang itu, adakah patut kita memprotes tindakannya? adakah patut kita marah atas tindak tanduknya? pasti tidak patut bukan. Ya, itulah konsep manusia terhadap Allah. ketika Allah menjadikan kehidupan ini begitu indah kepada kita, bersyukurlah padaNya dan ucaplah Alhamdulillah sebanyak - banyaknya. ketika Allah menjadikan kehidupan ini penuh dengan pancaroba, redhalah atas ketetapannya. kita tidak selayaknya berkata apa - apa kecuali berlapang dada menerima takdirNya. bersangka baiklah pada Allah kerna Allah berjanji bahawa setiap kesulitan itu pasti akan disusuli dengan kemudahan. bersabarlah menuggu kemudahan itu kerna janji Pencipta tidak sama dengan janji yang dicipta.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


Saidina Ali KWH juga pernah berpesan “ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad ini”. Jadi, tiada senjata yang lebih ampuh dalam menghadapi kehidupan iaitu sabar menerima dugaan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. InsyaAllah. Anggap saja dugaan sebagai teguran daripada Allah kerna hidup ini, kadang - kadang bila tiada siapa tegur kesalahan kita, kita tidak akan sedar kesalahan kita dan kita akan terus hanyut dengan kelalaian itu kan. jadi, hargailah dan berlapang dadalah menerima "teguran" itu. Ujian tanda sayang Allah pada kita 




"Senyumkan hati, ingatlah pada illahi, begitu banyak nikmat yang masih kita nikmati, syukurilah anugerah kehidupan yang masih kita miliki"  =)

6 comments:

pelangi hafyza said...

ye..kita cuma peminjam nikmat...

pengembara kecil said...

ALLAH..ALLAH..membaca entri ni sambil ditemani background muzik buat saya tersenyum..
mula menghargai betapa besar hikmah sebuah ujian..
mula menilai sebuah dugaan dari sudut berbeza..sudut seorang hambaNYA yang hina..

tahniah penulis..moga penulisan begini jadi saksi penyebaran keindahan agamaNYA.. Insyaallah

AnahSamsudin said...

hmm..kdg2 aku pon mcm tu..especially part sidai baju then hujan tu -.-''..serius takut..takut jadi hamba yg tak bersyukur...even tak semua kehendak tercapai , tapi tak ada satu pon keperluan yg tak ada :)

btw ,thanks atas peringatan..nice :D

Wana Owen said...

entry yang benar2 menyedarkan saya,bahawa nikmat Allah banyak lagi yg perlu kita syukuri.=)

hati♡ said...

bila kita bersyukur dan bersangka baik pd Allah, insyaAllah Dia akan aturkan yg terbaik dgn kemampuan kita.. kan naqib...? ^_^

Ieyqa Adam said...

alhamdulillah atas niknatNya. mohon share yaa. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...