Pages

Hati Berubah

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 



“Keretapi ke Alor Setar akan tiba dalam lima minit lagi.”

Kedengaran suara operator memaklumkan pengumuman yang aku nanti-nantikan. Lega hati aku mendengarkan suara operator itu..

Fuh nasib baik tak ramai orang, dapat aku duduk”, hatiku bermonolog.

Kepenatan yang teramat sangat membuatkan aku rasa nak tidur sangat. Waktu itu, suasana di dalam gerabak tidak terlalu sesak dan bising. Hatiku terasa amat tenang. Lama – kelamaan aku terlelap. Tengah syok melelapkan mata.. tiba – tiba aku terjaga.. Kereta api berhenti di perhentian mana aku pun tak pasti. Kelihatan seorang pakcik dan beberapa anak kecil memasuki gerabak yang aku naiki

aduh kacau orang tido betul lah kereta api ni, cis”,getus hatiku.

Tak lama kemudian, pak cik itu duduk di sebelah aku. anak – anak kecil yang tadinya bersama pak cik itu pun duduk di hadapan aku. Mereka kelihatan amat comel dan aktif sekali. Hilang juga rasa penat melihat wajah dan teletah mereka.

Pak long nak tahu, ini kali pertama kami naik keretapi, seronok sangat Pak Long, terima kasih Pak Long,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

Pakcik itu hanya tersenyum. Seronok betul kanak-kanak itu. Aku pun seronok melihat mereka pada awalnya. Mereka tersangatlah aktif. Tak duduk diam. Sebaik sahaja kereta api itu bergerak. Mereka berlari-lari bagai berada di dunia sendiri. Riuh. Sangat riuh dibuatnya hingga terganggu ketenteraman aku. Suara mereka yang bergelak ketawa menghilangkan kedamaian yang diperlukan oleh jasadku yang letih. Gelagat mereka yang berlari ke sana ke sini tiba – tiba menimbulkan rasa jelik dalam diriku. Tanda protes diri aku yang inginkan ketenangan. Baru sahaja diriku ingin tenang, akhirnya telah hilang pula dek kerana kerenah budak-budak itu.

Ish budak-budak ni kang, aku dah la penat. Baru je aku nak rasa aman sikit, diorang ni memekak pula, aiyoyo” ngomelku sendirian.

Ah, aku dah tak tahan ni, baik aku suruh pakcik ni suruh budak-budak ni diam,” tak tahan lagi menahan gelagat budak – budak itu.

Assalamualaikum pakcik,” Sapaku.

Waalaikumussalam,” pakcik itu tersenyum simpul.

Pakcik, saya ingin minta pak cik suruh mereka agar diam sikit boleh tak? Mereka terlalu bisinglah pakcik, rasanya pakcik juga perasan kan?” aku menyatakan permintaanku sesopan yang boleh walaupun dalam hati rasa nak maki je budak – budak tu.

Hmm, pakcik mengerti perasaan anak ini, tapi pakcik tak tahu bagaimana ingin memaklumkan kepada mereka, pakcik rasa serba salah bagi menghilangkan kegembiraan yang sedang mereka nikmati ini. Minta maaf ye nak

Eh pakcik ni, aku nak dia suruh budak-budak tu diam, dia cakap macam tu pula, kata faham perasaan aku, tapi cakap serba salah, pandai pula pak cik ni nak bermain kata dengan aku, nasib la pak cik ni lagi tua dari aku,” bebel ku dalam hati

Kemudian, dengan nada yang sungguh sayu, pakcik itu menyambung lagi,

Sebenarnya nak, pakcik baru sahaja pulang daripada menjemput mereka dari rumah mereka, ibu dan bapa mereka telah terlibat dalam kemalangan siang tadi dan telah selamat dikebumikan oleh pihak masjid, mereka masih tidak tahu mengenai kedua orang tua mereka itu, pakcik tidak tahu bagaimana ingin beritahu mereka. Kasihan mereka nak. Pakcik tak dapat bayangkan kalau pakcik di tempat mereka

gulpppp..tersentak aku mendengar kata-kata pakcik itu.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Maaf ya pakcik. maaf sangat- sangat. Saya tidak tahu. Salam takziah”, spontan lidah ku memberi respon.

Tak mengapa nak, pakcik tahu kamu tidak tahu.” Balas pakcik itu.

Kasihan sungguh pada kanak-kanak itu. Mereka kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang sungguh muda. Perasaanku yang seketika tadi tidak senang dengan kerenah mereka, akhirnya bertukar menjadi perasaan simpati di dalam hati. Rasa bersalah menusuk dada ini. Seketika sahaja, perasaanku berubah. Peristiwa ini benar – benar memberi kesan yang amat mendalam dalam hatiku. Ego betul diri aku. Aku selalu sahaja ingin manusia lain memahami keadaan aku, tapi aku langsung tidak cuba untuk memahami situasi orang lain.

Abdullah, Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi” , tiba – tiba nasihat ibu terngiang – ngiang di telinga. Mendalam maknanya.

Peristiwa ini akan ku ingat sampai bila – bila..

9 comments:

♥ MS ♥ said...

**Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi”** <-- totally agree with this :) nice entry ^__^

Nordin said...

That is so true bro. Hormat orang sebagaimana kita nak orang hormat kita. Fahami orang sebagaimana kita nak orang fahami kita. A simple education about life. Btw, thanks for this entry :)

mujahidah1413h said...

betulakn susah kan nak kawal hati,, aisy,,,selalu nak puaskan aty snry tanpa mnjaga hati insan lain,, sungguh bce ni buat ana tekedu,, & muhasabah,syukran atas perkongsian,, may Allah bless u ya akhi,, Sekadar pandangan,, wallahualam,, salah silap harap dimaafkan coz I'M JUST A HUMAN

Nia Ridzwan said...

pernah dengar cerita ni. sedih kan? huhu. yes, love others to be loved :)

.:naqib saad:. said...

Sahabat semua: ya. moga kita semua dapat pengajaran yang berguna dari kisah ini. may Allah bless us always :)

Nae al-Mihadi said...

Salam..

sungguh bertuah saudara di berikan kesempatan untuk menyelami keadaan sebegitu. sungguh bertuah saudara, diberikan peluang mendapat pelajaran secara langsung sebegitu.

teruskan menulis, agar tuahmu terpalit sama buat insan lain :)

AN_SAM said...

nice post naqib ! it is real experienced by yourself ? if yes , bertuah ko dpt pengalaman ni..memang betol kita mudah menilai tanpa tahu hujung pangkal sesuatu perkara..

kita nampak keriangan budak2 tu tapi tak tahu kedukaan diorang hilang tempat bergantung..

5 stars ! i'm touched with this writing :D

Iznie said...

betul encik abdullah. belajarlah memahami jika ingin difahami... :D



ni....da update blog. ada doodle tu. tp just tukar kaler. huhu. sorry2. :(

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..

Subhanallah..kisah yang menyentuh hati..

Terima kasih untuk perkongsian...teruskan aliran dakwah ini..insyaAllah..

~salam ahli blogger baru Naqib~
warna-warna hidupku..sounds good..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...