Pages

Taubat Seorang Hamba

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


Saat manusia memandang dia seorang yang mulia, saat semua manusia memandang dia seorang yang indah pekertinya, hanya dirinya tahu siapa dia di mata Tuhannya. Airmatanya menitis satu persatu mengenangkan dosa dosa yang menghantui perjalanan hidupnya. airmata hangat terus menerus membasahi pipi tika bersimpuhnya seorang hamba menghadap Allah.

Sejak akhir - akhir ini, Abdullah diuji dengan hebat. hatinya yang selama ini tenang, kini diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. ketika kebanyakan manusia enak dibuai mimpi.. dia memuhasabah dirinya kembali. meluahkan segalanya pada Allah yang Maha Mengasihani..

"Akulah hamba-Mu Ya Allah, hamba yang tidak terhitung dosanya, yang tidak pernah sesal melakukan dosa. Hari – hari aku melakukan dosa, hari – hari aku selalu melupakanmu, hari – hari aku sibuk dengan dunia. Allahurabbi, Hamba jenis apakah aku ini, aku berulang kali berkata mahu syurgaMu namun tetap juga aku melakukan dosa. Hinanya aku ya Allah..


Aku hilang ya Allah.. hilang dalam kegelapan dunia yang begitu mengasyikkan. Aku cuba mencari diri kembali. Diri yang entah kemana aku campaki. Adapun diri hanya ada diri sahaja tanpa roh yang penuh dengan nilai islami. Aku katakan aku mencintaimu namun, itu hanya kata – kata yang manis menghiasi bibir. Dari segi amalan, tidak pula menggambarkan kecintaanku kepadaMu.


Aku ingin bertaubat Ya Allah. Aku ingin bertaubat. Dosaku menggunung tinggi. Tinggi terlalu tinggi. Ingin ku jejaki syurga yang diidami.. tapi adakah Engkau mahu mengampuni dosa – dosaku ini ya Allah? dengarlah teriakan hatiku ini..Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. Hati dan jasad ini sering merintih kesakitan.. tapi aku sedar Ya Allah azab neraka itu lagi sakit.. Allah.. Ampuni aku.."

Hatinya benar-benar merintih penuh penyesalan..bagaikan di robek-robek..Bagi menenangkan hatinya.. Abdullah membuka sebuah buku.. di dalam buku tersebut terdapat beberapa firman Allah yang memujuk hatinya agar tidak berputus asa memhon keampunan Allah...

“wahai hamba – hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni dosa – dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az – Zumar : 53)

hatinya bermonolog..

“wahai diri, tidakkah cukup melegakanmu mendengarkan firmannya ini? Lihatlah Allah menyapamu dengan memanggil “wahai hamba – hambaKu”.. tidakkah ini cukup menyentuh hatimu?.. Allah juga melarang kamu berputus asa dalam memohon ampunan Allah dan Allah juga mengkhabarkan pula Dia akan mengampuni dosa siapa saja yang bertaubat kepadaNya. Allahuakbar. Dia Maha Pengampun wahai diri. Lihatlah betapa besarnya CintaNya kepada kita. sedarlah diri. Jangan berputus asa dalam mencari keredhaan ilahi. Teruskan taubatmu diri."

Airmatanya menitis dan terus menitis.. insaf terbersit dalam diri seorang hamba Allah..

***************************************************************



Wahai anak Adam,

Sekalipun dosamu tertumpuk setinggi langit,

Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya..

Wahai anak Adam,

Sekiranya dosamu sepenuh isi bumi dan seluruh cakerawala ini,

Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya


Hayati lah firman – Nya yang bermaksud..

“Dan, orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?..”(Ali –Imran : 135)

“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang (An – Nisa’ : 110)

2 comments:

Ieyqa Adam said...

Allah..moga Kau terima taubat hambaMu ini. :(

Bintang Hati said...

Sebaik-baik hamba bertaqwa ialah hambaNya yang kembali padaNya setelah melakukan kesilapan....=)
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.....(n_n)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...