Pages

Berubahlah :)

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


titisan air yang berterusan mampu merubah batu yang keras berlekuk.

Pasti dalam diri kita pasti pernah terdetik untuk berubah. Hatta perompak pun pasti dalam suatu saat dalam hidupnya ingin berubah. Mahu berubah ke arah mana? Berubah ke arah kebaikan. Apabila kita ada rasa ingin berubah atau melihat orang yang berada dalam keadaan ingin berubah ini, suka diingatkan untuk kita, janganlah kita menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tabiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.

Mari kita sama – sama muhasabah diri kita, bagaimana kita melayan dosa-dosa kita? bagaimana kita melayan kesilapan – kesilapan lalu kita. Adakah kita menganggap dosa itu satu perkara kecil? Hingga kita melengah-lengahkan taubat kita kepada Allah SWT? Apakah kita menganggap, dosa itu satu perkara yang bersih, sehingga kita tidak tergerak untuk mencucinya segera?

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah :ayat 222)

Kalau najis, kita berusaha menyisihkannya dari diri kita. Hatta tahi cicak, apabila kita nampak di dalam rumah, di atas masjid, kita akan menyapu buang. Jangan kata perkara najis, perkara yang tak najis, macam kertas bersepah, pun kita akan usaha kemas. Apabila kita terkena kotoran najis, kita pasti merubah tempat yang dicemari najis itu dengan kebersihan agar kita berasa lebih yakin dan suci dari kekotoran najis tersebut kan. kita cuci dan sental giler giler punya najis itu sehingga hilang segala kotoran.

Tapi bagaimana diri kita? bab dosa ini. Memang tidak dapat dinafikan antara kita tiada yang tidak pernah melakukan dosa termasuklah yang menulis ini. Tapi bagaimana kita melihat dosa itu yang penting. Pesan pada diri kita, jangan biarkan diri kita ini melihat dosa itu ibarat lalat yang hinggap pada hidung, kuis sikit dan lalat itu terus lari. Tetapi, pandanglah dosa itu seperti gunung yang akan menghempap kita dengan najis yang jijik dan memualkan.

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Pakaian yang kotor akan menjadikan manusia gelisah. Pakaian yang bersih pula akan menjadikan manusia merasa tenang dan tidak gundah. Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Selagi Allah masih meminjamkan oksigen kepada kita, selagi Allah masih meminjamkan jasad untuk kita, selagi Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita, peluang dan ruang untuk berubah itu sentiasa ada. Sentiasa ada bukan langsung tiada !

Mahu berubah, kerana apa dan siapa?

Mari pasakkan dalam diri bahawa perubahan itu adalah kerana Allah dan semata-mata mahukan keredhaanNya sahaja. Sama sekali bukan kerana manusia atau material yang lain. Jika mahu berubah meninggalkan maksiat atau mahu berubah menjadi baik dengan niat kerana Allah, InsyaAllah jika didatangi godaan yang kita tidak sangka, maka kita tetap akan bertahan dengan prinsip perubahan tersebut kerana niat asal kita adalah kerana Allah.

Berubah memang susah kan tapi nak gapai syurgaNya lagi susah. kan?
Kita memang lemah, kita selalu tewas dengan nafsu, kita selalu redha dengan nafsu bukan dengan Allah, jadi peringatan untuk saya dan anda yakni perlu bagi saya dan anda meminta petunjuk dan pertolongan daripada Allah Yang Maha Kuat agar diberikan kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan dan ke arah yang diredhai olehNya. InsyaAllah..

Ingatlah, ketika kita mengejar kenikmatan dunia, ia lari dengan begitu pantas meninggalkan kita. Namun ketika kita berpaling mahu mengejar akhirat, ketika itulah dunia itu pula berlari pantas mengejar kita. Jadi, jika kita mahu perubahan kita itu kekal, marilah kita berubah benar –benar hanya kerna Allah Yang Kekal.

Sempena Maal Hirah, saya mengajak diri saya dan anda. Marilah kita bersama-sama berubah ke jalan yang Allah redhai. Segalanya bermula dari diri kita bersama, biar kita mampu mendapat redhaNya bersama, dan mampu ke Syurganya bersama. InsyaAllah; marilah bersama-sama.

Salam Maal Hijrah.
Selamat berhijrah !
Berubahlah kerna Allah !
moga hari esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

"Berubah ke arah kebaikan bukan satu jenayah"



sekian
Moga Allah redha.

3 comments:

hati♡ said...

sy doakan semoga dipermudahkan segala urusan..
jaga diri baik2 ^_^

.:naqib saad:. said...

InsyaAllah. tqvm ^^

Dayah =) said...

sy suke sgt entry ni..sangat meninggalkan kesan dlm diri sy...tq di atas perkongsian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...