Pages

Pengemis RedhaNya



Hujan membasahi bumi dengan renyainya. Namun, masih bersesak – sesak manusia di pasar. Masing – masing mencari apa yang perlu dicari. Sayur, ikan, ayam, dan berbagai lagi keperluan yang perlu dicari. Sanggup meredah hujan demi mencari apa yang dicari. Tapi, tak ramai pula hamba Allah bersesak – sesak ke masjid atau ke majlis – majlis ilmu mencari sesuatu yang amat – amat perlu dicari iaitu redha Allah. Tidak ramai yang sedar bahawa redha Allah itu satu keperluan dan sesuatu yang perlu dicari dan diraih. Redha Allah lah satu keperluan amat kita perlukan untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Dalam kesesakan itu.. Abdullah dan anaknya juga mencari keperluan yang di pesan oleh isterinya. Kebetulan hari itu dia cuti dan isterinya terpaksa bekerja..

Tiba – tiba..

“papa ! tengok pakcik tu.. kaki dia kudung papa.. baju dia dah lusuh.. muka dia sedih sangat papa.. kesian papa kat pakcik tu” Mengadu Khalis pada papanya sambil jarinya menunjuk ke arah pakcik yang sudah tua yang sedang mengemis..

Lantas Abdullah mengeluarkan sejumlah wang lalu diberi kepada anaknya..

“khalis ambil duit ni.. bagi kat pakcik tu.. kesian pakcik tu.. “

“okey papa.. “ sambut Khalis.

Mereka pun pergi ke arah pengemis itu lalu anak kecil itu meletakkan wang yang diberi oleh ayahnya di dalam mangkuk kecil yang tersedia di hadapan pengemis itu..

Pengemis yang wajahnya menampakkan garis – garis tua itu tersenyum.

“alhamdulillah.. terima kasih nak.. moga jadi anak yang soleh nanti ya..” kata pakcik itu.

“terima kasih pakcik..” balas Khalis..

Hati Abdullah tersenyum melihat peristiwa itu..baginya tiada beza pengemis dengan dirinya.. dirinya juga pengemis.. setiap waktu, setiap hari dia meminta – minta daripada Allah. Tanpa segan silu. Walau sudah banyak nikmat Allah beri dia masih terus meminta – minta dan Allah pula dengan sifat kasih serta sayangNya kepada hambaNya tidak pernah jemu memberi. Jadi tidak patut rasanya dia tidak memberi ketika ada orang meminta, tidak patut rasanya menjadi seorang yang terlalu berkira, padahal Allah tidak pernah berkira melimpahkan nikmat kepadanya.. Dirinya juga pengemis redha Allah.. sentiasa berharap,bermohon, meminta- minta akan redha Allah..

************************************
Usai solat isyak..

“Khalis.. jom main buai kat luar tu.. tengok bulan purnama..SubhanAllah cantik sangat” Abdullah mengajak anaknya.

“jom la papa.. khalis suka tengok bulan.. nanti kalau khalis da besar khalis nak pergi kat bulan tu boleh papa? Khalis nak tengok apa yang ada kat bulan tu.. nanti khalis lambai papa dari bulan.. hehe”

“haha anak papa ni.. jauh la sayang bulan dengan bumi ni. kalau khalis lambai dari bulan tu manalah papa boleh nampak..”

“papa gunalah teropong ajaib doraemon.. hehe”

“Doraemon tu kartun la khalis.. jangan percaya sangat tau.. herm.. khalis kesian tak tengok pakcik kat pasar petang tadi tu?” Abdullah memang sengaja menyoal anaknya tentang peristiwa petang tadi. Baginya inilah salah satu cara untuk mendidik anaknya..

“kesian papa.. pakcik tu dah la tua.. kudung pulak tu.. mestilah kesian papa..” balas khalis..

“alhamdulillah baik betul hati anak papa ni.. khalis nanti dah besar, dah jadi orang berjaya, dah ada duit sendiri.. khalis jangan sesekali mengeji, menghina atau memandang rendah pada pengemis tau.. khalis ada duit sedekah je berapa-berapa yang mampu.. kalau khalis tak mampu nak bagi apa-apa pun sedekahkanlah doa untuk pengemis macam pakcik tu tau. Jangan sesekali mencaci dan menghina pengemis tu tau..”

“baiklah papa.. “

“khalis nak dengar satu cerita tak? Nabi kita.. nabi Muhammad Saw dulu sangat baik akhlaknya.. ada di suatu pasar tu.. seorang pengemis yahudi yang buta.. Setiap kali orang menghampiri pengemis itu.. pengemis itu selalu kata jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.. boleh kata pengemis tu benci sangat kat nabi kita.. tapi sebenarnya pengemis itu tak tahu yang selalu memberikan makanan kepadanya, yang selalu menyuapkan makanan untuknya itu Nabi Muhammad Saw. Nabi kita tu sabar sangat.. Indah sangat akhlaknya.. setiap pagi Rasulullah saw datang kepadanya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad..

Dipendekkan cerita.. setelah Nabi Muhammad wafat.. Saidina Abu bakar sahabat Nabi lakukan apa yang Nabi buat tu.. Pastu Saidinia Abu Bakar ni pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis tu. Abu Bakar datang pada pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r. a mula menyuapkan, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri"..

Pastu kan.. sahabat nabi tu menangis nak.. sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu dengar cerita Abu Bakar dia pun menangis dan kemudian berkata, Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...

Hmm indah kan sayang peribadi Rasulullah Saw?"

“indah sangat papa.. baik betul nabi kita tu kan papa.. kalau Nabi kita ada lagi sekarang mesti indah sangat dunia ni kan papa.. “

“jadikan nabi Muhammad tu idola khalis tau.. contohi akhlak nabi tau.. jangan kita merasa lebih mulia daripada orang lain.. kita mesti hidup dengan kerendahan hati.. bila kita baik dengan semua orang InsyaAllah kita akan disayangi semua orang.. khalis nak kan semua orang sayang khalis”

“ok..mesti la nak papa.. hehe.. “

“ ok..bagus anak papa ni.. dah jom masuk.. kesian mama tengok tv sorang – sorang tu.. hehe”

“ok ok jom”

-tamat kot-

Jangan merasa diri lebih mulia daripada orang lain. hiduplah dengan kerendahan hati. siapalah kita untuk merasa lebih mulia. ?


maaf kalau post ini mengarut banyak. moga ada manfaatnya. tolong tegur yang mana kurang.
moga Allah redha. :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...