Pages

Hati Mati Perlu Diingati

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Baru selesai membaca buku "Bertaubat nak tunggu sampai bila..." dan rasanya nak share satu peringatan yang terdapat dalam buku ini yang InsyaAllah mudah mudahan membangkitkan jiwa yang mati. Peringatan ini hadirnya daripada Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi yang zuhud.

Ibrahim bin Adham pernah ditanya: "apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan? sedangkan Allah telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankanNya?

Ibrahim bin Adham menjawab : "sebab hati kamu telah mati"

"Apa yang telah menjadikan hati kami mati?" tanya mereka lagi.

Ibrahim bin Adham menjawab: "kerana 8 perkara"

1. kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakannya.


2. kamu baca Al - quran tetapi tidak mengamalkan isinya.


3. kamu katakan cinta Rasulullah SAW tetapi tidak mengamalkan sunnahnya.


4. kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersedia menuju ke kubur


5. Allah mengatakan syaitan itu musush kamu, hendaklah kamu jadikan sebagai musuh, tetapi kamu masih berbuat maksiat dengannya.


6. kamu katakan kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri kedalamnya


7. kamu katakan kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk memasuki kedalamnya.


8. kamu bangkit daripada tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib - aib kamu sedangkan aib - aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu.


dan satu lagi kata - kata Ibrahim Adham yang menyentuh jiwa...

“Saya melihat kubur yang akan saya tinggal kelak, dan ia sangat mengerikan, sedangkan saya belum mendapatkan penawar yang cukup. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekalan untuknya. Saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk bertanggungjawab atas segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia," 

Inilah kata - kata Ibrahim Bin Adham ketika menjawab soalan seseorang yang melihatnya tiba - tiba menangis walaupun tiada apa berlaku. SubhanAllah, terasa kerdil diri ini dihadapan Allah. Bagaimana pula diri yang penuh dosa ini. T_T


*Sempena tahun baru yang bakal tiba ini, saya ada "pesanan" untuk anda.

Saya dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela. saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang saya ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan.


Maka dengan itu,saya menyeru kepada kalian yang dikasihi,mulai dari hari ini janganlah malu-malu dan segan untuk menegur dan menasihati diri ini jikalau ada tersilap dan tersalah pada mana-mana perkara.Saya insyaAllah boleh menerima dengan baik setiap teguran yang diberikan.Sebenarnya saya amat-amatlah memerlukan teguran dan nasihat yang khusus untuk diri ini.


Mudah mudahan dengan teguran anda semua dapat membantu saya menjadi hamba Allah yang sebenar - benarnya dari segi teori dan praktikal. Moga Hati saya sentiasa "Hidup" dengan adanya teguran dan nasihat dari anda.

akhir kata,

Tegurlah hamba Allah yang penuh kekhilafan ini. moga Allah redha.


2 comments:

AN_SAM said...

selalulah bersidang di mahkamah hati ,

hati tidak akan pernah berdusta ,

selagi hati tidak mati :)

Muhammad Adam bin Roslan said...

terima kasih atas perkongsian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...