Pages

Bila rasa Riya' Itu Datang !

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 

danbo said : jom selamatkan dunia dari kejahilan~




"Rajin ke masjid lima waktu sehari, maka di dalam hatinya terdetik: Bagus aku ni, dapat pergi masjid 5 waktu sehari. Istiqomah plak tu. Boleh tahan aku ni. Tak macam orang lain


Hafal Al-Quran 30 juzu, hatinya mencuit: Orang lain ni alasan je lebih, aku boleh hafal 30 juzu, kenapa la diorang ni malas sangat? Mungkin otak diorang ni lembab agaknya


Rajin qiamullail: Eh, hebat aku ni. Orang lain tahu tidur je..


Menghadiri Ceramah, kuliah dll: Apa lah orang lain ni. pemalas. Tengok aku ni.. Bagus giler beb !"

Mungkin begitulah dalam perbuatan-perbuatan kita yang lain. Perasaan riya’ berkembang mekar di dalam jiwa. Hingga tidak sedar kita dah terjerat dalam perangkap yang syaitan lakukan. Terdetik sahaja di hati. Bukan dengan cara menjerit dan melaung – laungkan “Aku bagus, aku terhebat, aku terbaik!”. Tidak dengan cara itu. Tetapi ia hadir dengan hanya bisikan yang hanya didengari oleh hati, penjaga hati dan Pencipta Hati.

Sedar atau tidak, ketika itu hati telah tercedera sebenarnya dan amal kita tidak diterima. Kerna, tiada kerendahan dalam hati kita. Syaitan yang “kreatif” itu, hakikatnya telah berjaya memperdayakan kita semua.

“Eh, pergi la masjid setiap waktu” Bisik Syaitan.


“Kau zikir la banyak sikit”. Bisik Syaitan.

“Bagusnya engkau. Baiknya engkau, waraknya engkau, Tengok orang lain. Pemalas. Ramai yang puji engkau nanti. Teruskan-teruskan. Ramai akan puji kau nanti.” Bisik syaitan lagi..

Kita pun diam-diam, jauh di lubuk hati, berbangga dengan amal kita. Kita rasa kita sudah bagus, kita rasa kita sudah cukup. Maka ketika itulah, syaitan mula mencucuk-cucuk lagi diri kita. Akhirnya, kita tidak lagi mendirikan solat kerana kita rasa perlu, kerana hendakkan redha Allah, tetapi kita dirikan solat kerana hendakkan perhatian insan lain. Walaupun zahirnya, kita tidak berkata “hui, tengokla aku solat”. Namun jauh di lubuk hati, kita berkata “Ha, orang mesti tabik springg punya tengok aku selalu solat di masjid”

Ketika krisis ini berlaku. Ada yang membuat keputusan supaya tidak beramal terus, atau mengurangkan kesungguhannya.


“Ah, malas lah pergi masjid, takut riyak”


“Hm, takut kalau aku buat benda baik ni, aku takabbur nanti”

Benarkah solusi tersebut? Kalau benar, maka sekali lagi, syaitan yang licik telah berjaya menipu kita. Syaitan ini mudah, Syaitan selalu memberi pilihan kepada kita. Pilihan pertama, Buat maksiat, ingkar kepada Allah. Kedua, buat baik, bukan kerana Allah. Ketiga, Tak payah buat dua-dua.

Jika kita memilih pilihan ketiga ini, sebenarnya kita manusia yang paling rugi. Bila kita tidak mempertingkatkan kualiti amalan, kualiti pengabdian kita kepada Allah, maka pastinya kita akan lebih terdedah dengan hasutan-hasutan dan godaan syaitan. Kita akan menjadi lemah. Lama kelamaan, kita pasti akan jatuh ke lubang maksiat juga.

Hakikatnya, berhenti kerana riya’ itulah satu riya’. Berhenti kerana ‘ujub, itulah ‘ujub. Berhenti kerana takabbur, itulah takabbur. Kalau benar niat asalnya adalah kerana Allah, buat sesuatu itu kerana Allah, maka teruskan. Jika terpesong sedikit niat itu, maka beristighfarlah lalu luruskan kembali niat itu.

Sama- sama kita beringat, bila riya’, ‘ujub, takabbur datang, maka cepat - cepatlah beristighfar dan ingat kembali niat melakukan amal, ingat kembali siapakah yang membantu dalam menyempurnakan amal, dan ingatlah atas kekuatan siapa kita bernaung dalam melakukan amalan. Bila kita ingat kembali. Pasti hati kita akan memberi jawapan bahawa segala kekuatan dan kelebihan itu datang dari Ilahi dan kita hanya meminjami.

“ish dia tu riya’ betul lah dia tu”

Betulkah dia riya’ macam mana tahu?. Mungkin sahaja kita tengok seseorang itu perawakannya seakan riya’, ‘ujub, takabbur, tetapi jangan sesekali kita kata pada orang lain bahawa dia itu sedang riya’, ‘ujub dan takabbur. Adakah benar dia riya’, ‘ujub, dan takabbur? Layakkah kita menghakimi seseorang itu riya’, takabbur atau sebagainya?

Kita hanya layak menghakimi seseorang itu riya’ jika kita punyai mata yang menembus hingga ke dasar hati seseorang dan mempunyai deria keenam yang mampu mengetahui secara tepat niat di hati seseorang. Persoalannya, ada kah kita mata dan “deria keenam” seperti itu? Jika tiada. Pandanglah manusia biasa sebagaimana kita mahu manusia lain memandang kita dengan biasa. Ada kemungkinan, perasaan kita yang menyatakan seseorang itu ‘ujub, riya’, takabbur, adalah satu sifat mazmumah bernama hasad dalam diri kita.

Akhir kata. Mari kita berlapang dada dan koreksi diri bersama. Mari kita rendahkan hati kita serendah - rendahnya. Soal ini, soal kita dengan Allah. Moga tulisan ini menggetarkan iman di hati yang menulisnya dan yang membacanya. Tanya pada diri kita sendiri. Wahai diri, pernahkah engkau berasa riya', ujub dan takabbur?. jika tidak alhamdulillah. jika ya, Mari kita beristgihfar.. Astaghfirullah hal azim.

Ya Allah, bantulah kami mengikhlaskan diri, terimalah amal kami, dan redhailah kehidupan kami.


“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya, dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” Surah Al-Ma’un:6-7


moga Allah redha

5 comments:

uyaitusaya said...

perkongsian yang menarik :) terima kasih.


http://uyaitusaya.blogspot.com/2011/12/dengar.html

itu.aku said...

menarik

Muhammad Adam bin Roslan said...

terima kasih atas perkongsian.. menarik.. :)

Ir. Dr. FATIMAH FAUZI said...

assalamualaikum naqib, apa tajuk muzik dekat blog ni? terimas.

.:naqib saad:. said...

Ir. Dr. FATIMAH FAUZI : waalaikumussalam. tajuknya kiss the rain by yiruma. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...