Pages

Wiwiting tresno jalaran soko kulino


Ramai tertanya-tanya apa makna "Wiwiting tresno jalaran soko kulino" kat FB. Baiklah, nak bagitahu ni, "Wiwiting tresno jalaran soko kulino" ialah pepatah jawa yang membawa maksud  "Cinta itu tumbuh kerana terbiasa". Benar bukan?

Contohnya, bila sudah terbiasa makan nasi, dari kecil lagi makan nasi, akhirnya lahir rasa suka makan nasi. mesti makan nasi dalam sehari sebab dari kecil terbiasa dengan nasi. jadilah cinta pada nasi, makanan lain tidak mahu, kalau mahu pun tak nak selalu.

Paham? tak paham juga. ok. Bagi lagi satu analogi yang mudah, apabila orang yang sudah terbiasa duduk di kawasan yang busuk, lama kelamaan orang itu akan berasa selesa dengan kawasan yang busuk terbabit dan lain pula halnya jika seseorang itu sudah terbiasa dengan keadaan yang wangi, pasti orang itu hanya selesa dalam kawasan yang wangi sahaja dan membenci kawasan yang busuk.

Tak paham juga? ni lagi satu contoh, di televison setiap hari ditayangkan iklan Ice Cream Cornetto. Dah hari - hari terpampang Ice Cream Cornetto depan mata, pasti timbul pulak rasa berkenan nak beli dan makan Ice Cream Cornetto tu kan?

Begitulah juga halnya apabila seseorang yang sudah terbiasa dengan kemungkaran dan kemaksiatan, lama kelamaan rasa cintanya pada kemungkaran dan kemaksiatan itu berputik. Sebaliknya, orang yang sudah terbiasa dengan kebaikan, InsyaAllah rasa kecintaan kepada perkara kebaikan dan perkara yang menghala kepada keredhaan Allah akan mekar di dalam jiwa.

Jadi, jangan kita biarkan diri kita terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran. lawan kebiasaan itu dengan membiasakan diri kita dengan perkara - perkara kebaikan dan perkara - perkara yang menguatkan iman. Contoh, jika kita buka TV, asik - asik banyak program yang lagho je ade kan, program yang "mengiklankan" kemaksiatan, kemungkaran dan hiburan yang berlebih - lebihan. Jadi, pilihlah TV yang akan membiasakan diri kita dengan kebaikan contohnya Astro Oasis, Al Hijrah, dan program - program yang "mengiklankan" kebaikan contohnya Tanyalah Ustaz, Halaqah sentuhan qalbu, di TV9 dll.

Tinggal pilih sahaja bukan? pilihan di tangan kita.


Teringat kata - kata Ust. Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya Ketika Cinta Bertasbih 1,
"Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya.  Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.~"

SubhanAllah indahnya !

"Ya Allah, Cintakanlah daku pada perkara - perkara yang Engkau cintai dan Bencikanlah daku pada perkara - perkara yang Engkau murkai"


*Sekadar pendapat peribadi dan juga peringatan untuk diri sendiri yang banyak khilaf ini. lagi satu. kadang pelik juga. ada yang like status walaupun mereka sendiri tidak faham apa maknanya. apepun kuasa "like" di tangan sendiri dan saya hargai :)


wAllahua'alam. moga Allah redha

4 comments:

AN_SAM said...

thanks naqib atas peringatan :D

p/s : baru buat come back eh ? lama menghilang =P

syafa mohamed said...

alamak....tak terer jawa..kekeke..:D

hurm...susah juga bila ia menjadi suatu kebiasaan..takut niat sebenar itu hilang..kena tajdid niat selalu mungkin..takut nanti kalau solat sebab itu adalah 'habit'...susah jugak..

oh adik naqib...*part last tue kelakar pulak.. kenapa ada yg like tapi xfaham..

.:naqib saad:. said...

An _ Sam : peringatan bersama loh.

menghilang drpd kebiasaan jap. :D

kak syafa : sy pun tak terer sbnrnya :D

hm betul betul betul. thank ingatkan.

*part last tu. ragam manusia. terima seadanya shbt2. hoho :)

itu.aku said...

sejuk baca penulisan ni...huhuhu...thanks penuh dng peringatan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...