Pages

Kagum Pada Kamu

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


Saya kagum dengan kamu
Sangat kagum.

Saat ramai manusia hari ini jauh dari Ilahi
Kamu sangat dekat padaNya

Saat manusia lebih gemar menyibukkan diri dengan kehidupan duniawi
Kamu sangat gemar menyibukkan dirimu dengan bekalan untuk kehidupan lepas mati.

Saat manusia hari ini lebih suka hiburan duniawi.
Kamu sangat suka hiburkan diri kamu dengan beribadat pada Ilahi.


Saat manusia hari ini berlumba - lumba menjaga pandangan manusia kepadanya
Kamu sangat pentingkan pandangan Allah terhadap diri kamu.


Saat manusia hari ini berpusu - pusu merebut cinta dunia semata
Kamu teruskan langkahmu mencari cinta Allah untuk diisi dalam hati kamu.


Kamu tahu?
bilamana kamu taat pada Allah.
bilamana kamu redha pada perintah Allah.
bilamana kamu tetap teguh di jalan Allah.
InsyaAllah,
Allah akan sentiasa bersama kamu.
Walaupun ketika itu ada yang tidak mahu bersama kamu.


Kamu,
Teruskan mujahadahmu melawan nafsumu !
Moga Redha Allah sentiasa bersama kamu.
Moga Allah ganjarkan Syurga yang indah itu buatmu !

coretan ini untuk kamu yang merasakan ianya untuk kamu yang tidak pernah lelah berjuang menumbangkan nafsu yang sentiasa menghantuimu. :)

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini, Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

1. Telah menyerah kalah.

Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: "Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jatsiyah: 23)

2. Sedang dan sentiasa berperang.

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: "Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu."

3. Orang yang telah menang.

Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

Di tingkatan mana diri saya dan kamu? hanya diri sendiri dan Allah yang tahu.

p/s: kekagumanku kepada kamu membuatkan diriku semakin cemburu untuk menjadi seperti kamu kerna diriku tidak seperti kamu :)

6 comments:

mujahidah1413h said...

If ALLAH helps you, none can overcome you, and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in ALLAH (Alone) let believers put their trust. (Quran 3:160 )

p/s: People will love you when they need you, then forget you. Allah
will remember you, remind you and never leave you even when
you’ve slipped and forgotten..
ALLAHUAKBAR!! may ALLAH bless

Irfa1810 said...

uiyooo... Mcm mna ko pandai tul olah ayat ni aaa... Impressive... Keep it up!

.:naqib saad:. said...

mujahidah1413 : awesome reminder. subhanAllah. thank you. may Allah bless ;)

Irfa: Segala yang baik datangnya dari Allah :)

Nazihah@Jiha said...

<< Niceee >> :)

eiyzniey said...

Like this..
:))

uyaitusaya said...

kagum pada kamu :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...