Pages

MARAH ?


Jangan marah, sebab marah hanya akan merusak keadaan jiwa, merubah perilaku, memperburuk pergaulan, merusak cinta, dan memutuskan tali silaturrahim - Dr Aidh Al Qarni.


Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. - Ust Pahrol Mohamad Juoi


Marah-marah adalah kunci kejahatan dan barangsiapa memperturutkan hawa nafsu dan kemarahannya, berarti dia terbimbing ke neraka. - Umar al - Khatthab r.a

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar! 


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”
[HR Bukhari & Muslim]

Danbo said : la taghdab. jangan marah - marah nanti cepat tua, orang katalah. btw, akhir kata, senyumlah walaupun gigi anda rongak. hihi :)

6 comments:

mujahidah1413h said...

yupz!!setuju bro!!then keep on writting kerana dia.. may ALLAH bless.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.
(رواه البخاري )

Daripada Abu Hurairah r.a. :Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
(riwayat al-lmam al-Bukhari)

aku pemilik blog~♡ said...

hahah nasib baik gigi sy xrongak lg.. ;p

Nazihah@Jiha said...

Ayat akhir tu terbaik! heh~

bila rasa nak marah urut dada..katakan 'sabar...' ujian dari Allah..insyaAllah..tak jadi nak marah ^^

~terima kasih~

.:naqib saad:. said...

mujahidah 1413 : InsyaAllah, syukran perkongsian ilmunya. moga Allah redha :)

aku pemilik blog : alhamdulillah. tak rongak mesti lagi kene banyakkan senyum. :)

Jiha : syukran "tips"nya.. huhu.

*sebenarnya entri tuk diri yang tulis ni juga. :)

AN_SAM said...

orang yang dapat menahan amarah itu orang yang kuat dalam erti kata sebenar..walau hakikatnya sukar nak realisasikan..but still , kita boleh berusaha :)

p/s : gigi rongak kena pi jumpak dentist la..hihi XD

uyaitusaya said...

kita selalu lupa dan banyak kali ingatkan, marah sifat syaitan, tapi bila rasa nak marah, kita tetap marah..tengok..kita lupa lagi..ngee~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...