Pages

Men Are From Mars, Women Are From Venus

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم



Ada satu kisah, seorang lelaki ini bercerita kepada rakan sekelasnya yang dia mahu drive sorang – sorang dari johor ke kedah. Rakan sekelasnya itu seorang perempuan. Rakannya itu cuba menghalang dengan mencadangkan agar pos sahaja kereta itu ke kedah kan lebih senang dan selamat. Tambah dia lagi, bahaya drive sorang – sorang, jauh tuuu..... takut exciden nanti...

Bagi perempuan tersebut mungkin nasihatnya itu suatu bentuk keprihatinan beliau kepada sahabat sekelasnya itu. Namun sebenarnya bagi lelaki tersebut, dia merasakan rakan sekelasnya itu seolah - olah merendahkan kebolehannya, tidak yakin bahawa dia mampu drive sorang – sorang. Jadi, si lelaki tersebut pun melecehkan nasihat rakan sekelasnya itu dan rakannya itu pun seolah berkecil hati, nasihatnya tidak dihargai dan mengatakan si lelaki itu degil.

Kisah pun habis dah kot. hoho

Situasi seperti ini sering berlaku kan? Inilah akibat miskomunikesyen.

Perempuan tidak faham bagaimana cara seorang lelaki berfikir dan lelaki pun tidak faham bagaimana cara seorang perempuan berfikir. Lelaki menjangkakan yang perempuan akan berfikir, berkomunikasi dan bertindak seperti lelaki manakala perempuan pula menjangkakan yang lelakii akan berfikir, berkomunikasi dan bertindak seperti perempuan. Mungkin kita lupa akan hakikat lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. (John Gray : 1993) wah tulih mcm assignment plak. Haha

Sebenarnya entri ini ditulis berdasarkan buku “Men are from Mars, Women are from Venus” by John Gray. Alhamdulillah baru minggu lepas habis baca buku ni setelah lama dibeli selepas terbaca di blog ustaz hasrizal merekomenkan untuk membaca buku ini Link. saja nak share apa yang dapat dari buku ni. Dalam buku ni, penulis cuba membayangkan yang lelaki ini berasal dari planet Marikh dan Wanita berasal daripada planet Venus. Tujuannya mungkin penulis buku ini mahu lelaki dan perempuan sedar yang mereka sebenarnya datang dari fitrah yang berbeza.

Lelaki dari Planet Marikh
Lelaki mementingkan kuasa, kebolehan, kecekapan dan pencapaian. Di marikh, masyarakatnya lebih mementingkan kerja, kemegahan dan teknologi. Harga diri mereka didefinisikan melalui kebolehan mereka mencapai hasil yang dimahukan.  Lelaki hanya berpuas hati apabila melakukan semua perkara dengan sendiri. Memahami ciri ini mampu membantu perempuan memahami mengapa lelaki pantang sekali dibetulkan atau diarah serta diberitahu apa yang patut dilakukannya. Menawarkan seorang lelaki nasihat tanpa diminta adalah seperti menganggap lelaki itu bodoh, tidak tahu apa yang patut dilakukan ataupun mungkin lebih teruk lagi, tidak mampu melakukannya sendiri. Lelaki suka menangani masalahnya sendiri dan tidak akan bercakap mengenai masalahnya kecuali benar – benar dirasakan perlukan nasihat itu hanya orang yang dia hormat sahaja yang akan dia menceritakan. Rasionalnya, “mengapa perlu libatkan orang lain apabila saya dapat lakukannya sendiri?”.

Perempuan dari Planet Venus
Bagi perempuan, mereka lebih menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan hubungan. Mereka banyak menghabiskan masa menyokong, membantu, mendorong dan memupuk satu sama lain. Masyarakat Venus lebih mementingkan hubungan yang erat antara mereka berbanding kerja dan teknologi. Bagi mereka, berkongsi perasaan peribadi mereka lebih penting berbanding kejayaan dan mencapai matlamat (realiti. ramai blogger perempuan suka cerita pasai diri sendiri.. hehe). Ini adalah hal yang tidak difahami lelaki, kepuasan yang dirasai oleh perempuan melalui berkongsi dan berkomunikasi mungkin sama dengan kepuasan  seorang lelaki dapat membeli kereta yang diminatinya atau dapat menyelesaikan masalah.

Perbezaan
Berhenti Menasihat. Bagi perempuan, memberi nasihat dan cadangan tanpa diminta dalah satu tanda prihatin dan kasih sayang. Bagi lelaki pula, ia amat berbeza. Apabila seorang perempuan cuba memberikan cadangan pembaikan kepada lelaki, mereka merasakan perempuan itu cuba merubah dirinya. Si perempuan tidak sedar tindakannya yang bermotifkan belas kasihan dan prihatin dan mahu membantu itu dianggap satu penghinaan di pihak si lelaki. Contohnya seperti kisah di atas, nasihat perempuan itu mungkin baik baginya. Tetapi bagi si lelaki, nasihat itu sangatlah teruk baginya. Ianya seolah berbunyi “ saya tak percayakan kamu, kamu tidak berguna, kamu tak mampu lakukan ia !”.

Cara yang betul untuk menawarkan sebuah keprihatinan kepada seorang lelaki ialah dengan sentiasa menganggap lelaki itu mampu melakukan sesuatu itu dan mampu menyelesaikan masalahnya dalam bentuk sokongan atau dorongan. Dengan tidak menasihati, lelaki rasa dihormati dan dipercayai

Belajar Mendengar. Selalunya seorang perempuan mahu berkongsi perasaannya mengenai hari yang dilalui dan si lelaki pula menganggap si perempuan memerlukan lelaki itu menawarkan jalan penyelesaian terhadap masalahnya. Si lelaki tidak faham kepentingan mendengar dan memahami apa yang cuba disampaikan tanpa menawarkan sebarang jalan penyelesaian.

Cara yang betul untuk menawarkan sebuah bentuk keprihatinan kepada seorang perempaun adalah dengan mendengar cakapnya dengan penuh empati iatu benar – benar cuba memahami perasaannya ketika itu.

Menangani Stress

Bagi lelaki,  mereka lebih suka bersendiri untuk menyelesaikan masalah dan melenyapkan segala tress yang dirasakannya. Mereka lebih suka senyap dan memikirkan masalahnya sendiri tanpa bantuan yang lain sehingga menjumpai solusinya. Dengan cara itu, mereka akan berasa lebih lega..

Manakala bagi perempuan pula, mereka akan mencari kelegaan dengan bercakap dengan sesiapa yang mereka percayai mengenai masalah yang dialami. Mereka akan merasa lega berkumpul dengan rakan – rakan dan berkongsi masalah mereka.

Seorang perempuan gembira dapat berkongsi masalahnya dan perasaannya dengan rakan – rakan. Seorang lelaki pula akan berasa lebih lega dan gembira apabila mampu menyelesaikan masalahnya sendiri.

Dan banyak lagi laa yang menarik dalam buku ini jika dibaca..

Nak tahu? Bacalah. 

Buku ni memang sesuai di baca oleh sesiapa sahaja yang bakal berkahwin dan sudah berkahwin pun okay jugak rasanya. Barulah saling memahami. Jika mahu mencari titik persamaan untuk melahirkan sebuah kemesraan, perlulah belajar apakah titik perbezaan – perbezaan itu kan? barulah akan lahir konsep kamu melengkapi saya, saya melengkapi kamu. 

"Dan diantara tanda - tandaNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri - isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesa dengannya dan denganNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan balas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang - orang yang berfikir. (Ar-Ruum:21)"


*Apapun, segala fakta dari buku tersebut mungkin dirasakan ada yang tidak benar bagi anda dan anda boleh menyanggahnya kerna ianya bukan kalam Allah, ia hanya kajian manusia.  

wAllahua’alam. 
menghargai perbezaan membuatkan kita lebih mudah bermesraan :)


3 comments:

AN_SAM said...

i think i know who is the guy yang nak drive sorang2 from johor to kedah tu..HAHA

btw , ak dah beli buku ni..but still tak khatam lagi.baru page 64 kot :p

.:naqib saad:. said...

haha. sapa?

oh. good. nanti dah abes. boleh lah hang kongsi plak apa yang dapat.

teruskan mbca.. goodluck :D

Anna Husna said...

salam..sorry to interrupt..

are you a fan of purple's colour?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...