Pages

Rasa Yang Tersembunyi

Mari jujur pada diri.
Pada hati.

Akuilah kenyataan ini…
Bahawa kenyataannya
Kita yang bersifat manusia ini.
Terkadang ada "cinta" yang datang mengusik jiwa kita.
bersembunyi dibalik tirai keinginan yang amat sukar dimengertikan.
Sehingga kita lena dalam angan hingga terbayang satu keindahan yang ingin kita miliki.

Terasa seolah kita menanti sesuatu
sesuatu yang akan membuatkan kita bebas bahagia di awang - awangan.

Terkadang kita rasa ingin membuang perasaan ini
membuangnya jauh - jauh dari hidup kita
tapi ia tetap menerjah kita

seperti ombak
seperti badai
pergi dan datang
pergi dan datang
tanpa kita dapat menolaknya
malah bertambah kuat menghempas kita

Kita tidak tahu kapan harus kita sembunyikan hati dan perasaan ini

Bukan kita minta ianya berlaku
Bukan kita minta ianya menyusup dalam hati kita
Bukan kita minta untuk menyukai cinta itu

Namun disitulah ia berbunga
disitulah ia mekar
disitulah ia menguntum
dan mengharumkan hati hati kita
meskipun hati dan rindu ini kita sorokan
dibalik mata manusia.

Kadang kita bertanya
Kemana cinta itu harus dilontarkan?

Namun terkadang
cinta itu diam sahaja

Ia beku
diam dan terus membisu
Seolah iman tidak mampu menjawab soalan itu.

Dalam mencari jawaban..
baru kita sedar

Cinta
Yang paling menenangkan
Yang paling mendamaikan
Yang paling menyejukkan
Hanya cinta kepada Pencipta Cinta





Hasbi Rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghairullah.

7 comments:

AN_SAM said...

osem masterpiece naqib !

*speechless* dah :p

mujahidah1413h said...

salam alayk~
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
sungguhlah rasa hati tuh fitrah.. maka mmg takkan berjaya tok lawan tapi perlu untuk dikawal..hidup ini penuh je ujian, rasa hati tuh pon ujian,, yakin bahawa anda mampu tok mnghadapinya .. (cuba buka surah al-baqarah ayat 286)

tiba teringat sahabat saya pernah pesan " kita ni selalu sangat pkir tentang "dia" hingga lupa akan "DIA"..Percaya pada janji DIA (an-nur :26)
p/s: hati itu ALLAH yang pegang ,,maka pohon pada DIA..
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا علي دينك
‎~ احفظ الله يحفظك ~

~teruskan bertatih demi meraih redhaNYA.. may ALLAH bless ~wallahualam

A.N. the ChosenNur said...

nice~
like it!

Nazihah@Jiha said...

Rasa cinta Pasti ada pada makhluk yg bernyawa :)

cinta Allah no1!! no matter what k.

cinta siswi said...

nice sharing.. mekasih.. :)

wanie mn said...

meaningful :)

Srikandi permata said...

Kecintaan itu letaknya dalam seketul daging yang namanya hati, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, tetapi ia hanya dapat dirasa oleh pemilik hati itu. Sukar untuk diterjemahkan tetapi dapat dibuktikan dengan perbuatan yang menterjemahkan rasa cinta itu. Dan sesungguhnya, kecintaan yang tertinggi hanyalah CINTA AKAN ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...