Pages

Bila Cinta Datang Kembali

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

gamba sekadar hiasan :D


Sedang asyik di depan laptop melayan FB, tiba – tiba handset berdering menandakan ada 1 mesej masuk. sedikit sebanyak membuatkan diriku terganggu.

“Salam. Apa khabar Farah di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Farah pada Khalil?”

Khalil, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang lama menyepi hampir 3 tahun yang lepas. Nama yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah mencuri hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis dalam sanubari ini dan nama ini lah yang inginku cuba lupakan. Waktu itu, aku terperangkap dalam jerat cinta lantaran kejahilan dan kenaifanku sendiri.

“Farah, maafkan Khalil. khalil masih menyayangi Farah. Perasaan Khalil masih segar seperti 3 tahun yang lepas…”

Aku tidak tahu apa yang nak dikatakan. Hatiku bagaikan keliru, adakah kata – kata yang Khalil lafazkan itu perlu digembirakan atau disedihkan. Dia kembali kepadaku. Namun, perlukah dia kembali?

Persoalan itu begitu ligat bermain di dalam mindaku. Mesej khalil sengaja tidak ku balas.. ku biarkan waktu yang berbicara.

Aku sudah tekad mahu menjaga diri ini daripada terjebak dalam kancah maksiat. Aku tidak mahu diperkotak katik nafsu yang begitu menyeru diriku terpaut pada cinta haram itu. Aku tekad ! meskipun “cinta pertama” itu sukar dilupakan.. bagi aku, apalah guna “cinta pertama” pun jika Allah tidak diutamakan. Waktu itu aku terlalu bodoh, aku terlalu murah menyerahkan hati ini pada insan yang tidak sepatutnya, insan yang belum pasti mampu memimpin aku ke syurgaNya.

Tetapi, aku ini hanya wanita biasa, yang lemah imannya.. jauh disudut hatiku, meronta – ronta inginkan seorang teman yang menemani aku di saat susah mahupun senang. Meskipun aku sudah cuba membenci dan membuang perasaan sayang kepada “cinta pertama” itu, tetap aku tidak berjaya. Hati wanitaku ini begitu lemah.. Kekadang rasa rindu dan sayang itu menjengah.. sudah beberapa kali airmataku tertumpah memikirkan kerananya..

********

“Wanita yang solehah takkan mengalah hanya kerana cinta seorang lelaki yang belum pasti menjadi suami”, nasihat sahabat ku, Nurul Iman.

kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. Nurul Iman, gadis yang bertudung labuh yang wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi ayah awak menghantar awak belajar di sini Farah”

Aku tertunduk lagi.. terdiam.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata."

“Berapa lama awak mengenali khalil itu? Pastinya tidak selama awak mengenali pencipta kita, benar bukan? Cinta yang awak sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia wahai sahabatku. Cinta duniawi itu telah berjaya menumbangkanmu, bangkitlah sahabatku. Teruskan mujahadahmu. Ini hanya ujian kecil dari Allah. ”

Airmata aku tidak dapat ditahan lagi.. kehangatannya dirasakan dipipi

“Lihatlah wajah-wajah ayahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah hampir terkulai layu.. awak takkan mampu menentang mereka, sebab awak tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu wahai sahabatku,”

Mendatar kalimah itu sambil bahuku disentuh lembut oleh Iman..

“Farah, Iman terlalu sedih, Farah hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kecintaan farah padanya itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang awak rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan mampu awak keluarkan, awak usir dari hati awak kecuali jika awak memiliki dua hal. Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hati kita. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika awak merasa merana kerana rindu kepada Allah, awak tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika awak sudah sibuk memikirkan Allah, awak tidak akan sibuk memikirkan yang lain. Saat ini, Kerana hati awak miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya awak dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindu awak pada si dia. Pada dia yang tak mampu memberi apa-apa kepada awak farah."

Dalam sungguh maknanya.. kerdil sangat dirasakan diriku ketika mendengar kata – kata Nurul Iman itu.. kerdilnya aku. aku selalu laungkan mahu akan cinta Allah. Tetapi dalam masa yang sama aku biarkan diriku melupakan Allah dan mencintai perkara yang dibenciNya..

“Farah, jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,” pesan Nurul Iman lagi sebelum dia memohon beredar kerna ada hal yang mahu diselesaikan katanya.

Alhamdulillah dengan izin Allah, nasihat dan pesanan Nurul Iman itu seolah – olah telah berjaya menyembuhkan imanku yang selama ini dihidap “virus merah jambu” itu.

Syukur !

Lantas SMS Khalil ku balas..

 “Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar hati sunyi tanpa kemaksiatan, akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT”


*entri ni dah dipublish kat ilmi-islam.com dulu.. saja letak disini pula sebab server lama ilmi-islam.com dah lesapkan segala artikel - artikel di web tersebut. Segala watak dan kisah dalam entri takdak kaitan sama ada yang masih hidup or mati. moga mesejnya jelas. :)


p/s :Tidak perlu dicari apa yang sudah seharusnya menjadi milikmu, yang pasti menjadi milikmu itu akan tetap untukmu, cepat atau lambat itu hanya waktu. Sebaliknya apa yang bukan milikmu itu, walau kau kejar, semakin jauh. cepat atau lambat, membuat dirimu semakin jenuh.
Yakinlah pada firman-Nya,
“Perempuan - perempuan yang keji untuk laki - laki yang keji dan laki - laki yang keji untuk perempuan - perempuan yang keji, perempuan - perempuan yang baik untuk laki - laki yang baik dan laki - laki yang baik untuk perempuan yang baik.”QS [24:26]

moga Allah redha :)

2 comments:

Ir. Dr. FATIMAH FAUZI said...

terbaik.

syahidazulkifli said...

salam ukhuwah..background sound sgt sedih..aritu ana rase ltk yg laen..da tukar eh..by the way..nice story..=))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...