Pages

Bila Dosa Sudah Dianggap Biasa


Sedar atau tidak, kita ini sepertinya tidak sedar yang kita sudah terperangkap oleh satu gelombang jahiliah yang amat dahsyat. Kita sudah terperangkap dengan situasi yang telah berjaya mengikis iman kita sedikit demi sedikit. Sistem jahiliah telah berjaya membuat hidup kita tidak ubah seperti lembu yang hidupnya hanya memikirkan makan, minum, kerja dan tidur. Situasi sekarang ini membuat kebanyakan dari kita semakin jauh dari Allah, semakin jauh daripada visi dan misi kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Dunia hari ini memaksa kita agar mengejar dunia bersungguh – sungguh sehingga kita lupakan akhirat.

Zaman sekarang ini tidak ubah seperti zaman jahiliah dahulu. Hari ini zina berlaku dengan berleluasa, artis diagung-agungkan, budaya hendonisme terus menerus mengalir deras dalam hati golongan anak muda kita hari ini, ibu bapa tidak lagi dihormati, para Ulama ada yang dicaci serta dimaki dan bayi dicampak, dibunuh, ditanam, dilemaskan serta ada yang tergamak membakarnya. Allahurabbi..

Andai hati – hati yang ada kesedaran dianugerahkan Ilahi terus berdiam diri dan berpeluk tubuh di kamar sendiri, siapa lagi yang mahu mengubah situasi ini ? Jika kita terus berdiam diri bermakna musuh – musuh Islam ini telah berjaya menukar segerombolan “singa” yang gagah menjadi “kura – kura” yang lembap dan lemah

Sedarlah. kini.. terlalu ramai orang yang menganggap dosa itu biasa.
'weyh cuba kau tengok couple tu, sweetnya…'
'cantik tak aku pakai baju ni?nampak seksi tak?'
'Mak diamlah ! memekak je !'

Dialog – dialog ini sudah dianggap biasa dan banyak lagi keadaan yang menunjukkan umat Islam hari ini menganggap dosa itu sesuatu yang biasa.

Melihat aurat walau sesama jantina pun dianggap biasa..Bergurau senda melampau bertepuk - tepuk belakang dengan yang berlainan jantina seolah Allah tiada adalah perkara biasa..Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah, biasa..Terpesona, lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap biasa..Melawan dan menengking ibu bapa dianggap biasa..Ber”couple” kononnya cinta sejati dan bahagia, biasa..Si lelaki memakai seluar pendek menampakkan auratnya di khalayak ramai, biasa.. Menonton filem korea, omputih, hindustan yang ada adegan bercumbu-cumbuan, berpakaian seksi dianggap biasa..

Kini dosa dianggap biasa. Malah keluar pula istilah
‘‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’’

Sedih !

Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya
Kerana apa?

KERANA DOSA SUDAH DIANGGAP BIASA..

Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..

“...Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabannya.” (Surah al-Israa : 36)

Mari kita ingatkan diri kita agar jangan sesekali kita lupa akan Allah dan jangan kita mengundang murka Allah yang luar biasa. Ingatlah setiap amalan kita akan diminta pertanggungjawabkan kelak, Saat itu, tiada lagi peluang kedua. Yang tinggal hanya Neraka andai dosa itu kita lakukan seperti biasa tanpa ada rasa berdosa.

“Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-batas Syariat-Nya, akan di masukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekal dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.” (An-Nisaa’ :14)


Moga peringatan ini mengetuk hati yang yang menulis terutamanya dan hati yang membacanya.
Moga Allah redha.

Dosa, buat jiwa serabut walau hidup dilimpahi kesenangan.
Kebaikan, buat hati jadi tenang, walau hidup dibasahi ujian. :’)


4 comments:

Princess Blackwhite said...

memang betul pown smue tue...
ap yang bleyh ktew uat skrg just memperingatkan diri sendiri je la coz manusia sekarang semakin leka dan alpa...
so jangan lah ktew ke kancah begitu...
insyaallah akan selamat...
amin....

shairazi sharizan said...

ana teringat pesan cikgu ana(cikgu azmi bahari). Dosa2 itu sudah jadi seperti hinggapan lalat. kita halau dia dtg semula.

Sya Syazana said...

;) *thumbs up* mang betul..

ANNAS said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...