Pages

Senyum :)


senyumku itu
mungkin sukar dimengerti
tapi bagiku
ianya amat membahagiakan sekali


senyumku itu
pendamai diriku
penyembunyi dukaku
penghilang nestapaku


senyumku itu
membuatkan aku terus berdiri
walau terkadang ada luka beribu di hati
inilah nikmat dari ilahi


bagiku
biarlah aku tersenyum sendiri
kerna kadang - kadang
Ia sudah cukup membuatkan hatiku terhibur sendiri.^^

****

tertarik dengan status Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) kt fb:

"Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Sewaktu kita senyum, kita tidak ingat pada perkara silam dan sedih. Kemurungan kita juga hilang. Sewaktu kita ketawa, kita tidak terfikir apa yang terjadi besok, minggu depan. Sewaktu kita senyum, hati tetiba terasa riang. Apabila kita melihat org senyum pd kita, kita terikut gembira dan senyum bersama.

Ini kerana senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada.

Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan org yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia.

Quran 27:19
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Oleh itu, senyumlah selalu. Semasa memandu, semasa mandi, semasa bercakap dgn isteri, semasa di pejabat dan di mana-mana - namun harus diingatkan semuanya harus dilakukan dalam keadaan kesederhanaan."

SENYUM!!!


1 comment:

uyaitusaya said...

^________________^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...