Pages

Ujian Itu Nikmat


Ketika kebahagiaan mula mewarnai hari
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis sendiri
Setiap kali gembira menjengahi
Ujian pula datang menguji

Kini bukan masanya tuk bersedih lagi
Jangan mundur lagi
Sila besarkan jiwa dalam diri
Sebesar tenggungjawab yang diamanahkan Ilahi

Jangan risau
Selepas ini mungkin 
Segalanya tidak akan ada lagi
Setelah hati diremukkan berkali-kali
Pelangi pasti menyusuli.

InsyaAllah.
Aku juga tidak pasti
Apa yang pasti
Redha atas ketentuan Ilahi
Akan membuatkan kita tersenyum kembali :)



Ingat, ujian itu satu nikmat. 
mana nikmatnya? 
nikmatnya apabila kita diuji dengan berbagai ujian kita semakin dekat dengan Allah.
kita semakin sedar betapa hebatnyakuasa Allah dan betapa lemahnya "kuasa" kita.


peringatan bersama. 
moga Allah redha





2 comments:

Srikandi permata said...

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt.

♥readikara♥ said...

Bersyukur ketika diuji :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...