Pages

Untukmu Wanita

gambar sekadar hiasan




Wanita Solehah
Adalah sebaik – baik hiasan.
Yang menghiasi setiap sisi kehidupan.
Yang tetap indah dalam apa jua keadaan.
Yang tetap cantik dalam apa jua keadaan.
Yang tetap anggun dalam apa jua keadaan.
Selagimana tidak melanggar perintah Tuhan.


Maka dengan itu wahai wanita.
Ingin sekali diri yang hina ini merayu kepadamu.
Agar dirimu labuhkanlah tudung mu.
Tutupilah bahagian lehermu, dadamu.
Dan longgarkanlah pakaian mu.
Dan sembunyikanlah bentuk tubuh mu.
Kerna ku kasihan akan dirimu.
Yang katanya mahu syurga.
Tapi dalam masa yang sama
Auratmu terdedah sini dan sana.
Tidak takutkah dirimu pada Murka-Nya?
Tidak mahukah menjadi wanita solehah sebaik – baik hiasan di dunia?


Sayangilah dirimu
Biarlah segala kecantikan yang ada padamu itu
Menjadi tatapan buat suami tercintamu kelak
Jangan biarkan ia dinikmati
Oleh mata – mata keranjang
Serta buaya – buaya darat
Yang akan membuatmu melarat.


Jagalah aibmu
Jagalah keindahanmu
Jagalah kecantikanmu
Jagalah kesucianmu
Untuk suamimu nanti
Mudah - mudahan engkau akan berbahagia di Syurgawi nanti..


danbo said: awatlah tudung gurl skunk nie pelik pelik je.. ade belit sana, belit sini, pusing sana, pusing sini.. mcm sarang tebuan pun ade.. awat ek? mata orang tengok pun bebelit.. simple sudah.. asalkan menepati kehendak syariat.. kan betul kan.. hihi *peace*



6 comments:

syafa mohamed said...

alolo..comel danbo berckp..kekeke:D

belit tue xslh aslkn tutup aurat..cuma yg skrg,makin mahal tudung makin singkat dan nipis pulak...haih la-.-''

.:naqib saad:. said...

tp belit2 lelebih boleh jadi tabarruj pla nanti.. sederhana ok kan. wAllahua'alam. hee :)

haih gitu plak ye.. bagus jga tu.. yg nipis n singkat tu bior memahal sampai org takleh beli. ekeke..

kalau yg ikut syariat murah2.. alhamdulillah :)

syafa mohamed said...

hehe..pandailah cikgu naqib nie..yg tue akak anggukkn jer.

hadoi,tergelak kecil..mcm dgr budak cilik comel bercakap pulak..

insyaAllah, mahal murah biarlah, semoga hati-hati itu bisa jadi pembeli yg bijak..;D

uyaitusaya said...

terkesan. malu kan kalau hanya pandai meminta pada Allah tapi menidakkan segala perintahnya T_T

Srikandi permata said...

entry yg amat baik..
teruskan dakwah melalui tulisanmu..

Maii said...

Indah :D
Terima kasih lelaki hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...