Pages

Warkah Khas Buatmu..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم



Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih tidak tahu.. Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini? 

Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia atau setidak - tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah.Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik - baik hiasan di dunia. 

Kamu, saya bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, diri ini ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, saya cuba untuk memperbaiki diri ini. Saya ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga kamu dengan baik, dapat bahagiakan kamu dengan seadanya. Saya mahu kita bersama - sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya. 

Buat bakal zaujahku, saya sedar siapa diri saya, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi saya cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan saya, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. 

Buat kamu, saya harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. sweet kan saat itu <3  

Akhir sekali.. saya berharap kamu bersedia untuk menjadi zaujah saya, dan menerima diri saya seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, saya akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami. saya juga harap kamu dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak kita yang baik.

*layakkah diriku mahu sebutir permata sedangkan diriku hanya sebutir pasir yang bersepah dan boleh didapati di mana - mana...

danbo said : isk isk isk. muda - muda asik nak fikir pasai kawen je, cuba la fikir pasai mati time muda - muda ni plak, cukup suda bekalan ke sana?



9 comments:

Nurulee said...

Best warkah ni. Banyak entry best disini.

Teruskan menulis entry :)

Srikandi permata said...

Amin..
Moga dirimu ditemukan dgn psgn yg solehah...
Insyaallah..ada jalannya.
Bergembiralah dengan pilihan Allah utk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat (kepentingan) yang tersembunyi di sebaliknya.

.:naqib saad:. said...

nurulee90 :
alhamdulillah. syukran. :)

Srikandi Permata :
Amiin. InsyaAllah.
syukran peringatannya yang amat bermakna :)

pengembara kecil said...

tak pernah membaca entri di sini tanpa linangan air mata dan senyuman di bibir.. tak tau kenapa..
tahniah buat pemilik blog.. penulisan anda berharga
:')
moga terus istiqamah menulis untuk redhaNYA.. Insyaallah

mujahidah1413h said...

salam alayk~ selamat makan nasi minyak but b4 dat selamat bermujahadah untuk upgrade diri untuk jadi d better one,, insyaALLAH someday nanti bakal ada ,,sungguh ALLAH tidak akan pernah memungkiri janjiNYA,,
p/s: inche danbo tuh hebat deyh buleh bagi peringatan yang menikam kalbu,, astaghfirullahalazim,,semakin hari bertambah , umur semakin meningkat & semakin singkat masa di R&R ini,,
barakallahufik ya akhi..

Nazihah@Jiha said...

Amiin ya rabbal aalamiin untuk kamu =)

cahayaputeri said...

insyaALLAH, semoga bertemu dengan zaujah yang dpt membuatkan dirimu lebih dekat dengan ALLAH :)

JIHA NAJIHAH said...

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata,penawar,hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

moga dpt yg terbaik,insyaALLAH.

NoorVictory said...

Pun juga pasir di pantai, layakkah mengimpikan sebutir mutiara yg trbenam di dasar lautan? Huhu~

Salam singgah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...