Pages

Mengapa Engkau Merokok Wahai Sahabatku?



Mengapa engkau merokok wahai sahabatku?

Tidakkah engkau tahu Allah S.W.T begitu mengasihimu, begitu menyayangimu dan begitu pemurah memberi segala nikmat yang sedang kita nikmati tanpa dikenakan apa – apa bayaran sesen pun ! tetapi mengapa engkau tergamak  tidak menjaga nikmat yang Allah beri itu? rezeki yang Allah beri kepadamu, engkau guna untuk “membakar” sepuntung rokok pada mata zahirnya tetapi dalam masa yang sama ia juga sedang “membakar” jasad engkau. 

"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Allah memberi peringatan kepada kita supaya jangan kita campakkan diri kita dalam kebinasaan kerana apa? Kerana Allah sangat sayang kepada kita, Allah sangat kasih akan kita. Ketika Allah begitu mengambil berat akan hamba – hambaNya, mengapa kita pula tidak mahu mengambil berat menjaga diri kita?. Islam ini bukan agama yang kita suka, kita ikut, kita tak suka dan tak setuju, kita tak ikut. Apabila kita sudah mengaku kita seorang muslim, kita wajib ikut apa yang Allah suruh. Ingatlah, setiap apa yang Allah suruh itu ada hikmahnya. 

Alangkah gula yang hukum asalnya harus apabila diambil sekadarnya, namun apabila diambil secara berlebihan sehingga boleh memudaratkan kesihatan diri kita, bertukar hukumnya menjadi haram. Bagaimana pula rokok yang sudah awal – awal lagi tidak memberi langsung kepada kita sebarang manfaat dan ia pula akan memudaratkan kesihatan kita? sudah pastilah kita boleh berfikir guna akal yang Allah anugerahkan kepada kita ini berfikir apa status rokok ini dalam Islam.

Wahai sahabatku yang masih merokok dan InsyaAllah akan berhenti merokok, cuba lihat saudara – saudara kita yang kebuluran di somalia, palestin, afghanistan dan sebagainya, hendak membeli secupak nasi atau gandum pun tidak mampu kerna kesempitan hidup, yang kita ini dilimpahkan dengan pelbagai nikmat rezeki, kita “bakar” pula rezeki itu ! Sedarlah, andai duit yang engkau belanjakan selama ini untuk membeli sekotak rokok itu digunakan untuk melakukan amal jariah, pasti engkau sudah kaya dengan pahala. InsyaAllah, engkau kaya dengan pahala bukan dengan asap !

“Gua tak tenang dan jadi tak keruanlah bila tak dapat hisap rokok sehari, boleh demam bro !”

MasyaAllah. Sahabatku, lihatlah bagaimana liciknya perancangan musuh – musuh Islam. Mereka candukan engkau dengan rokok, mereka jadikan engkau tidak tenang tanpa rokok, mereka jadikan engkau rasa tidak keruan bila tak hisap rokok. Tanpa engkau sedar, mereka telah berjaya membuat engkau merasakan rokok itulah sumber ketenangan dan kebahagiaan engkau, bukan lagi Allah !
Sahabatku, adakah engkau lupa akan firman Allah yang mafhumnya berbunyi  

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Ingatlah Allah, hati akan menjadi tenteram sahabatku. Simple je, tak perlu keluar sesen pun untuk dapat ketenangan, tinggal nak atau taknak je. Winston, Dunhill, Nusantara dan pelbagai lagi jenis rokok itu hanyalah tipu daya dunia yang akan membuatkan engkau semakin lupa pada Allah dan membuatkan engkau semakin jauh daripada Allah. Percayalah.

“aku hisap rokok pun bukan susahkan hang pun, bukan guna duit hang, biaq pi la kat aku, hang nak sibuk ape pasai???”

Sahabatku yang merokok dan yang InsyaAllah akan berhenti merokok, mungkin engkau lupa, asap yang engkau hembuskan itu apabila disedut oleh orang – orang disekeliling engkau, engkau sebenarnya telah berlaku zalim pada mereka. Mengikut kajian, orang yang menyedut asap yang dihembuskan oleh perokok lebih berisiko berbanding asap yang disedut oleh perokok itu. Jadi, adakah engkau tidak ada sedikitpun rasa kasihan kepada orang – orang disekeliling engkau? Tambah teruk jika orang disekeliling engkau itu menghadapi penyakit asthma. Tidakkah engkau punya rasa simpati? Jangan pentingkan diri sendiri sahabatku, besok lusa jika engkau mati, orang yang berada disekeliling itulah yang akan menguruskan jenazah engkau nanti.

“Hisap rokok barulah cool bro ! macho !”

MasyaAllah, sekali lagi musuh Islam telah berjaya mengubah mindset engkau untuk memandang tabiat yang buruk itu bagus, cool, macho, hebat dan sebagainya. Sebenarnya, bila kita rajin ke masjid, rajin bersedekah, rajin membantu orang tua, rajin buat amal kebajikan, rajin solat, rajin ke kuliah agama, itulah yang sebenarnya lagi cool plus macho bro ! Tak percaya? Tanyalah mana – mana perempuan, yang jika diberi pilihan lelaki yang rajin hisap rokok dengan lelaki yang rajin bersedekah dengan pergi masjid, yang mana mereka akan pilih. Tanyalah, cuba tanya. *Pembaca muslimah sila beri jawapn pilihan anda di ruang komen ye nanti, biar mereka dapat jawapannya. :)

Akhir kata, tiada guna jika ada akal tetapi tidak diguna, gunalah sebaiknya. Nilailah dengan mata hati. Janganlah nilai dengan hawa nafsu. Diri ini menasihatimu kerana sayang akan dirimu sahabatku. Engkaulah harapan Islam, sayang sekali melihat  engkau lebih rela menyumbangkan segala yang engkau ada bagi menghebatkan lagi empayar syarikat rokok yang menghancurkan diri engkau sendiri daripada menggunakan segala apa yang engkau ada untuk menghebatkan lagi Empayar Islam ini.  

Maaf jika ada kata – kata ku yang mengguris hatimu. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan tapi yang pahit itulah ubat sahabatku. Jika engkau benar sayang orang – orang disekelilingmu seperti keluargamu dan rakanmu, berubahlah. Merokok bukan budaya seorang muslim dan mukmin.

Moga Allah redha.

*Soalan cepumas untuk para muslimah dan mukminah. Jika diberi pilihan, adakah kamu mahu bernikah dengan seorang perokok?


4 comments:

Srikandi permata said...

Sejujurnya..law diberi pilihan, xnk pilih psgn yg merokok..bnyk mudharatannya..
قل حق ولو كان مرا
"Berkatalah benar wlpn pahit"
Alhmdulillah..bgos tindkn anta yg berani menegur..moga mereka & kita sentiasa dlm rahmat-Nya.
teruskan bertinta..

Maii said...

moga moga mereka jumpa nikmat yang benar sebenar-benarnya :)

tentulah tidak. rokok satu kotak RM10. isi ada 8. satu hari 5btg. kalau peroko tegar 1 kotak 1 hari. ish ish ish

Muhammad Adam bin Roslan said...

mudah2han mereka diberikan hidayah

Awan Nina said...

kalau muka hensem , tapi merokok, terus reject . haha
kalau diberi pilihan , memang taknak !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...