Pages

Beliau

walaupun kita berbeza, langit kita tetap sama, tuhan kita pun sama.


Dia insan biasa.
Dia juga hanya lelaki biasa.
Tapi,
Setianya pada Maha Esa
Luar biasa !

Jujur.
Rendah hati.
Pemurah.
Pemaaf.
Menjadi peribadinya.
Untung bidadari yang mampu mencuri hatinya.

Pelbagai perkara aku belajar darinya.
Daripada ilmu agama.
Hingga ke ilmu kehidupan.

Bertuah aku dapat mengenalinya.
Dapat bersama denganya.
Walau sebentar cuma.
Itu sudah cukup untuk aku rasa kehilangannya.


Bagi dia,
Mungkin aku hanya rakan biasa.
Tapi bagiku.
dia rakanku yang luar biasa.
Selalu membawaku ke taman - taman syurga.
Ya Allah bertuah diri ini rasanya. 

Kadang - kadang.
Aku tersentuh dengan kata - katanya.
Aku tersentuh dengan gerak gerinya.
Ya, aku tersentuh.
Kerna kata dan gerak gerinya
Kerap kali mengingatkan daku pada Maha Esa.

Sungguh Ya Allah,
Aku mencintai sahabatku itu keranaMu Ya Allah.
Terima kasih Ya Allah
Kerana Engkau, 
aku dapat bersahabat dengannya.


Aku mohon Ya Allah.
Berkatilah hidupnya.
Tetapkanlah ukhwah ini.
Moga kekal hingga ke syurga abadi.


khas untuk ex saya.
Norhazwan bin Nordin.
ex roomate, yang sudah berpindah keluar dari asrama ke rumah sewa. Setelah 2 tahun bersama menghuni bilik A2/L1/22, kini hanya tinggal saya seorang. huhu. sobsobsob. Apapun, walau seorang, saya tahu Allah sentiasa ada bersama saya. ;)

Moga dia bahagia.
dia bahagia, saya bahagia.

hm,
Berukhwah kerna Allah
bertemu tak jemu,
berjauhan rasa rindu.
Moga Allah redha.

8 comments:

NoorVictory said...

Sweet .;)

Ermm.. Klo dihilangkan words verificaton, boleh? Huhuhu~ sbbnya hurufnya kecil2..=(

.:naqib saad:. said...

opss. sorry. tak tahu pla ada words verification tu. okay, dah hilgkan.

Syukran bgtw. tak perlu smiley masam lagi.

Senyum ! :)

Srikandi permata said...

Subhanallah..ukhwah yg indah, manis & hebat..
moga ukhwah kalian sentiasa dirahmati-Nya.

itu.aku said...

sweet =)

CAHAYA HIDAYAH said...

sangat indah bile bersahabat dgn seseorg yg boleh mengingatkan kite kpd Allah...

nik_khoir said...

Subhanallah.. like WarnaHidupku's blog and facebook :) . May Allah bless u dik. Seeru 'ala barokatillah..

Iznie said...

alolo... :'(

"tharunya saya", kata BELIAU. :p

Noor™ said...

Semoga sahabat seperti saudara diberkati Allah sentiasa. Beruntung saudara dan sahabat saudara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...