Pages

Bayang - Bayang




Dunia itu bagaikan air laut 
Diminum hanya menambah haus
Membuatkan peminumnya tidak pernah puas
Mahu dan mahu lagi
Hingga lupa akan hakikat duniawi.

Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir 
Panas yang membahang disangka air 
Berlomba - lomba manusia mengejarinya
Lalu mereka tertipu
Tertipu dek kerana mengikutinya 
Mengikuti tanpa mengetahui hakikatnya.

Dunia dan nafsu 
bagai bayang-bayang
Dilihat ada 
Ditangkap hilang.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Leraikanlah dunia yang mendiami hati ku 
Damaikanlah gelora ini
Cukuplah hanya Engkau dihati ini.

1.40 a.m.

******************************

"Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!” - Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

moga Allah redha.

3 comments:

AtiQa Nur said...

"...dunia dan nafsu,
bagai bayang-bayang.
dilihat ada
ditangkap hilang."

nice analogy..
and so true.

Neesa Khir said...

Salam ziarah, penulisan yang bagus. Sangat bermanfaat. :)

NoorVictory said...

Dengan yakin pada bantuan ALLAH, hidup akan jadi lebih tenang, kan? :)

Kita adalah hamba yang lemah, yang sanagt perlu pada ALLAH.

Doakan saya juga istiqomah dalam meletakkan cinta ALLAH no 1 di hati. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...