Pages

Janganlah Ucap Selamat Tinggal


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم




beep beeb beep..
satu mesej masuk. from Faqih.

"er, ada apa pula Faqih hantar mesej subuh - subuh ni," getus hatinya dengan kening machonya terangkat.

lalu dibaca mesej itu..

"Salam, Firdaus, selamat tinggal, aku nak pergi dulu..minta maaf ea kalau ada salah & silap"

nak ke mana si paqih ni.. tiba - tiba je.. hati Firdaus membisikkan kehairanan.
lantas, tangannya terus sahaja mendail nombor sahabatnya itu. spontan.

"hello?," Faqih mengangkat panggilan.

"ape hello2? bagi salam lah. assalamualaikum. haha."

"sori bro, waalaikumussalam warohmatullah wabarokatuh. ade ape u call i bro? haha"

"bagus bagus, pandai pun kau nak jawab salam. haha. er, takyah nak i u i u sangatlah. kalau orang jawe buat cara jawe jelah. sedar diri sikit boleh? haha. ni, kau mesej aku pagi - pagi ni, nak pergi mana?macam jauh sangat bunyinya.."

"hari ni kan aku nak bertolak ke Semporna, Sabah. aku dapat posting kat Sk Kampung Pokas, kat nun sana Semporna tu.. aku pun tak tahu kat mana tu. petang nanti aku bertolak.," Faqih menjawab.

"wah semporna? tempat posting idaman kau tu kan. cewah, tahniah lah cikgu Faqih. kalau ye pun janganlah ucap selamat tinggal. ucaplah moga bertemu kembali. Macam dah taknak jumpa aku lagi je bunyinye?"

"time kasih time kasih. huhu. yelah.. mana tahu Allah takdirkan aku 'pergi tak kembali'  dah. tak balik semananjung dah, tertanam dalam tanah semporna tu ka... tu yang ucap selamat tinggal siap - siap tu."

"aissssh hang ni.. buat ayat macam nak mati pulak dah.. "

"kullu nafsin dza iqotul mauut.. aku bila nak pergi jauh - jauh ni.. aku ingat mati je Daus. macam manalah kalau Allah tarik nyawa aku dalam perjalanan nanti or kat sana nanti.. bila ingat mati ni, barulah aku rasa lebih produktif dan proaktif. Produktif melakukan amal soleh dan proaktif dalam mendekatkan diri aku dengan Allah.. kalau aku tak ingat mati, aku rasa tak produktif dan proaktif langsung dalam beramal dan menjaga iman ini.. moga mati aku dalam husnul khatimah bukan su'ul khatimah.. insyaAllah. amiin."

"Insaf pula tiba - tiba aku.. terima kasihlah tazkirah ringkas kau tu, betul lah kan Rasulullah SAW bersabda 'cukuplah mati sebagai peringatan'. apa pun, kau janganlah ucap selamat tinggal. ucaplah moga kita bertemu kembali.. kalau Allah takdirkan kau 'pergi tak kembali' pun kat sana. kau kena ingat nanti kita akan kembali juga kat akhirat sana. time tu, aku harap moga kita bertemu kembali kat syurgaNya. barulah namanya bersahabat hingga ke syurga. aku sayang kau kerna Allah bro!"

"MasyaAllah tabarakallah, aku pun sayang kau kerna Allah bro! kalau berpisah di dunia, moga kita bertemu kembali di syurgaNya kelak. InsyaAllah. Allahumma amiin."

"InsyaAllah amiin. aku cukup takut dengan firman Allah yang berbunyi.. 'pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)'43:67. Mudah mudahan kita menjadi sahabat selamanya hingga ke syurga, bukan hanya sahabat di dunia tapi musuh di akhirat sana. Amiin."

"InsyaAllah.. amiin" 

"okeylah Faqih, good luck ! jadi cikgu jadilah cikgu yang mendidik, bukan menyampaikan ilmu sahaja. jadilah cikgu yang mengenalkan murid akan Allah, akan nikmat iman dan Islam ni. moga Allah redha dengan apa yang kau lakukan."

"InsyaAllah. terima kasih segala nasihat kau tu. moga Allah redha. nanti kahwin jangan lupa mengundang aku ye! hehe. ok. take care bro. Assalamualaikum"

"waalaikumussalam..nanti sampai sana bagitahu aku k"

"ok..."

tamat kot?
nak tulis panjang lagi tapi banyak tapi..tapi nak pulang ke kedah sudah.. insyaAllah sambung lain kali..



"Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana yang engkau akan tinggal didalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana yang engkau akan berada disana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana yang engkau berhajat kepadaNya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau kedalam api neraka sekadar mana yang engkau sabar menahan siksaannya."

Moga Allah redha.

5 comments:

aku-bukan-robot said...

tapi kalo nak mati tu tak payah p jauh2 kot,stay diam2 dekat rumah terchenta pun ajal buleh je datang.fuhh, mati yang pasti dan anytime menjengah.Allah.

ada tergantung di situ . selamat sambung kembali, heh.

apa pun.have a safe journey.
may ALLAH bless.

.:naqib saad:. said...

gulp.

tersentak juga dengan kata - kata kamu itu. benar sekali...

insyaAllah. thankyou :)

zEri sAfEerA said...

mohon share :)

Tracey said...

best dapat semporna =) sye kat IPG tawau pun sometime gi semporna for fishing. ahaha

NoorVictory said...

Semporna? Dalam dua jam dari rumah saya. :)

Kalau melawat Faqih, dialu-alukan datang ke rumah saya.

Semoga jadi pendidik bangsa yang berjaya. Saya belum posting lagi. Sekarang tengah praktikal. Tapi saya ajar sekolah menengah. InsyaALLAH. :)

Sama-sama mendidik bangsa kerana ALLAH. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...