Pages

Teruji Bila Diuji

Bila kita inginkan sesuatu.
kita dah tekad.
tekad kita pun dah bulat.
usaha juga sudah digencar.

tetapi,
sesuatu itu tetap tidak menjadi milikmu.
apalah dayamu wahai manusia yang lemah.

Engkau hanya Hamba.
Yang mampu merancang.
Bukan menentukan...

Engkau bukan Tuhan
Engkau hanya pendosa
Yang mengharap redha Tuhan.

Ah,
sedih sungguh nadamu.
sadis benar lagu jiwamu

Mana jiwa besarmu?
Apa engkau tidak yakin pada Dia?
Dimana Dia dihatimu?

Bukankah Dia lebih tahu
Apa yang terbaik untukmu.

Redha sahajalah padaNya dengan sepenuhnya.
Nescaya hidupmu tenang sahaja

1.11 a.m

**********************************************

Baru langkah pertama sudah diuji.
Moga lulus ujian pertama dari Allah ini.
Tak sabar nak naik ke peringkat seterusnya!!!
Allahughoyatuna!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...