Pages

Tak Mati Dek Keji, Tak Hidup Dek Puji


                                                       بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم




"abang, saya nak jadi macam matahari tu lah," luah seorang kanak - kanak yang berusia 12 tahun itu secara tiba - tiba dalam sesi perkongsian bersama adik - adik daripada sebuah sekolah yang berstatus SRA.

"haa? kenapa?," si abang kaget.

"sebabnya.... jeng jeng jeng.. abang nak tahu ke sebabnya? hihi," gurau si adik comel tersebut.

"mestilah nak, cecite cecite.." balas si abang.

"sebab.. cube tengok matahari tu, kadang - kadang ada orang puji dia, bagus la ape la , baju cepat kering kalau ade matahari la ape la. Kadang - kadang ada orang mengata kat dia, buat orang berlemuih la, buat orang panas gila lah. Kadang - kadang ada orang tak ambil kesah pun kat dia, buat dunno je. Tapi, matahari tu tetap setia memancarkan cahayanya, tetap setia patuh arahan Tuhannnya. Tidak pernah pun ambil pusing dengan kata - kata orang, dikeji, dihina, dipuji, disanjung dan dibiarkan oleh manusia, matahari tetap setia tunduk patuh pada Allah. hebat kan matahari. tak mati dek keji, tak hidup dek puji." si adik menerangkan.

"hurm, hebat betul lah falsafah adik ni. hehe. betul sangat - sangat. kita manusia selalu terpengaruh dengan kata - kata manusia. mudah terusik dengan kata - kata manusia, tetapi kata - kata dari Allah selalu kita lupakan, selalu kita tolak tepi. Itulah masalah paling besar yang akan kita dapat jika kita lakukan sesuatu bukan kerana Allah. jika kita lakukan sesuatu benar - benar kerana Allah, manusia nak kata apa pun kata lah, tetapi dia tetap tidak akan mampu mengubah pendirian kita, dia tidak akan mampu mengubah tujuan kita yang sebenarnya iaitu redha Allah. cumanya, pendirian kita mestilah tidak melanggar batas - batas syarak dan jika manusia menasihat serta mengkritik kita ke arah yang positif kita perlu terima dan insafi.," balas si abang.

"betul juga tu bang, tapi itulah manusia, kadang - kadang cakap boleh lah, bila hadapi secara realiti, baru tahu susah sebenanrnya."

"huhu terasa abang dik, apapun, kita semua mesti ingat pesanan Syeikh Mustafa Masyhur, 'baiki diri kamu dan ajak orang lain'. Kita jadi manusia sesumpurna Rasulullah s.a.w pun belum tentu semua manusia akan suka dengan setiap apa yang kita lakukan, lihat sahaja Rasulullah s.a.w yang maksum, baik, sopan, jujur tetapi tetap dihina, dicaci, dimaki oleh orang - orang yang membencinya. Jadi, tugas kita adalah bergerak menyampai risalah Islam semata - mata kerana Allah, jaga pandangan Allah kepada kita bukan pandangan manusia kepada kita. itu sahaja, kerana Allah lah yang tentukan pengakhiran kita di syurga atau neraka, bukan manusia.,"

"baik bang, saya akan cuba ikut nasihat abang. abang juga kena amalkan ya apa yang abang kata? hehe,"

"er, okay - okay.. insyaAllah sama - samalah kita"

*************************



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...